AEON Fashion Preview 2023 | Peminat fesyen mesti teruja melihat barisan model memperagakan baju daripada koleksi terkini di pentas fesyen. Seronok jadi antara orang yang pertama menyaksikan koleksi terbaharu dalam idustri fesyen. Baru-baru ini MJ dapat jemputan dari AEON untuk melihat sendiri koleksi terbaharu yang akan berada di pasaran. Lebih teruja bila ciptaan koleksi kali ini merupakan kerjasama AEON dengan komuniti pelajar dari Universiti Tunku Abdul Rahman Pengurusan & Teknologi (TARUMT). Sudah pasti gaya dan trend segar dan bertenaga diadaptasi dalam setiap helaian koleksi kali ini.
Kerjasama antara AEON dan TARUMT telah membawa MJ menjejakkan kaki buat pertama kali ke Universiti Tunku Abdul Rahman buat julung kalinya. Kolej yang telah dinaiktaraf kepada universiti ini sesuai dengan usianya yang sudah ditubuhkan sejak 53 tahun yang lalu. Imbau kembali zaman bergelar pelajar Uni, memang pengalaman yang tak akan dilupakan.
Pihak TARUMT telah menyediakan sebuah pentas fesyen untuk barisan model memperagakan pakaian. Istimewanya, model yang memperagakan koleksi terkini di AEON Fashion Preview 2023 terdiri daripada pelajar TARUMT sendiri. Suatu pendedahan yang menarik kepada para pelajar, kan?
AEON Fashion Preview 2023
AEON Fashion Preview 2023 kali ini merangka semula tiga tema popular masa kini iaitu pakaian jalanan anime, pakaian denim dan pakaian perayaan.
Pakaian Jalanan Anime
Remaja sekarang sememangnya menggemari anime dan pakaian jalanan anime dengan pantas muncul sebagai trend yang dominan. Mereka dengan berani muncul di pusat beli belah atau pasar raya ternama dengan memakai kostum atau cosplay karekter kegemaran masing-masing. Atas kesedaran ini AEON telah dan akan mengeluarkan cosplay anime daripada Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.
Tampil dengan gaya minimalisme anggun anime cyberpunk dan palet berwarna-warni yang berani daripada manga klasik, koleksi AEON SELECT. Remaja yang mahu memakai cosplay kini sudah mempunyai pilihan untuk mencari baju yang dahulunya hanya tertumpu kepada pasaran online semata-mata.
Pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Industri Komunikasi dan Kreatif (FCCI) telah mengambil bahagian dalam penggayaan semula koleksi Naruto, mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan berinspirasikan anime aksesori.
Pelajar ini telah dibimbing oleh pensyarah mereka iaitu Puan Siti Nur Syuhada dan Puan Aizurawaty. Seramai 10 orang pelajar yang terlibat dan mereka ialah:
- Low Yan Yi
- Desiree Chang Chai Ling
- Soom Ken Yin
- Kavinita a/p Ragunathan
- Noprena Maria
- See Yu Yun
- Chern Yong Xin
- Nur Aila Aleena Tong
- Lam Shee Yun
- Intan Nurlyzana
Pakaian Denim
Pakaian denim ini memang tak lapuk dek zaman. Denim menjadi pilihan semua orang tanpa mengira bangsa dan usia. Bermacam inovasi fesyen telah dilakukan kepada denim dan sentiasa mendapat tempat di hati penggemar fesyen terutama peminat fesyen dengan gaya ranggi. Koleksi denim yang diperagakan ketika di AEON Fashion Preview 2023 kali ini juga sangat menarik hati. Rasa dah tak sabar nak melihat sendiri koleksi ini digantung di rak fesyen pasar raya AEON. MJ nak beli skirt denim yang cantik sangat tu.
Pakaian Perayaan
Tahun Baru Cina sudah semakin hampir dan AEON Fashion Preview 2023 kali ini juga turut memperagakan koleksi yang terkenal dengan rona merah ini. Menurut Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen kerjasama dengan pereka fesyen StevenSunny merupakan gerakan AEON yang dimulakan 2 tahun lalu dengan trendsetter luar biasa dan kurator gaya ikonik.
Tambahnya lagi, “Fesyen tidak lagi terhad kepada piawaian yang sempit. AEON telah lama menerima kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina, dan kebolehan. Kami mengutamakan saiz inklusif, dan pilihan yang berpatutan lagi bergaya. Fesyen kini menjadi platform sebagai ekspresi diri kepada semua lapisan masyarakat,” ujarnya dalam ucapan sebelum pentas peragaan bermula.
Musim ini, SCAR menampilkan StevenSunny seorang pakar fesyen dengan penekanan pada potongan berani dan warna-warna terang. Menggunakan kain kapas tulen dan mencipta gaya yang berani. Gaya semula jadi StevenSunny juga menggunakan keupayaan luar biasa untuk menolak sempadan secara konsisten untuk menetapkan penampilan baharu untuk diri sendiri.
Lebih banyak lagi koleksi eksklusif AEON seperti:
- innercasual (iC)
- SCAR
- Puteri
- PlusCollection
- Arcadia
- M
- ti:zed
- Guys’ Vision
Baca juga; AEON Mall Cipta Rekod, Duta Kids Republic, AEON Mall Bukit Tinggi