MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
Jalan-Jalan Di AEON Mall Bukit Tinggi Menjelang Tahun Baru Cina 2023
Diari Wartawan

Jalan-Jalan Di AEON Mall Bukit Tinggi Menjelang Tahun Baru Cina 2023

duniamyzan January 12, 2023

AEON Mall Bukit Tinggi | Dah lama sangat tak berkunjung di rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) di Bukit Tinggi.

Biasanya MJ membeli-belah di AEON Mall Shah Alam saja. Kisahnya bila MJ dah berjanji dengan seorang kawan nak berjumpa di AEON Mall Bukit Tinggi pada 7 Januari lalu.

Melangkah masuk jer ke dalam ruang legar pasar raya ini pandangan mata disajikan dengan hiasan dalaman dengan warna merah di sana-sini.

Dalam sekelip mata, minda berputar laju dan membayangkan bahawa cuti perayaan tahun baru cina sudah hampir. Memang betul telahan MJ tak lama lagi rakan-rakan berbangsa Tionghua akan menyambut tahun baru.  

Acara jualan di AEON Mall Bukit Tinggi sempena CNY.
Antara barangan jualan di AEON Mall Bukit Tinggi.
Contents hide
1 Falling Petal Event
2 Kempen TU-gether CNY 2023
2.1 Tu-gether Count & Win Contest
2.1.1 Macam Mana Nak Masuk Contest?
2.1.1.1 Langkah 1
2.1.1.2 Langkah 2
2.1.1.3 Langkah 3
2.2 Tebus & Menang
2.2.1 Limited Edition Tu-gether Money Packet Redemption
2.2.2 Prosperity Heating Mug
3 Aktiviti Lain

Falling Petal Event

Elok-elok saja sampai di concourse area AEON Mall Bukit Tinggi, Falling Petal Event sedang berlangsung. Meriah sungguh!

Seronok melihat kanak-kanak riang gembira berkejaran sambil menadah tangan ke udara apabila kelopak bunga berwarna merah jambu jatuh dari ruang atas. Bukan sahaja kanak-kanak, golongan mak-mak pun ambil kesempatan penuh keceriaan.

Malah MJ turut tak mahu melepaskan peluang merakamkan momen tersebut sebagai kenangan terindah di tahun 2023 mengunjungi AEON Mall Bukit Tinggi.

Rupanya acara Falling Petal Event hanya berlangsung di beberapa rangakain AEON terpilih sahaja termasuk AEON Mall Bukit Tinggi ini. Tak sia-sia MJ buat janji temu dengan kawan di sini. Cantik bukan?

Suasana meriah di AEON Mall Bukit Tinggi.
Bergambar sebaik sahaja bunga-bunga jatuh berguguran semasa Falling Petal Event

Kempen TU-gether CNY 2023

Rupanya tahun ini AEON telah menyediakan pelbagai aktiviti demi meraikan perayaan tahun baru yang bakal disambut oleh masyarakat Tionghua tak lama lagi.

Bertemakan kempen TU-gether CNY 2023 banyak acara dan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak AEON seperti Lion Dance, God of Prosperity Walkabout, Wushu, Diabolo performance, DIY workshop dan banyak lagi.

Sempat juga MJ melihat staf AEON melambung ‘Yee Sang’ beramai-ramai. Yee Sang dilihat sebagai simbol kepada kemewahan dan kekayaan.

Tu-gether Count & Win Contest

Bukan itu saja, ada berita baik kepada semua pengunjung apabila AEON bermurah hati nak bagi duit raya.

Menerusi Tu-gether Count & Win Contest pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM88,888. Siapa lah yang bertuah dapat hadiah itu nanti. Kongsi sikit dengan MJ boleh?   

Macam Mana Nak Masuk Contest?

Semua pelanggan AEON berpeluang menang hadiah yang dijanjikan dengan tiga langkah mudah;

Langkah 1

Belanja sekurang-kurang RM30* (dalam satu resit) di mana-mana kedai.

Langkah 2

Kira jumlah arnab (rabbit) yang berada di concourse area.

Langkah 3

Scan QR code, muat naik resit, isi data peribadi dan hantar jawapan yang betul.

Cantik bunga merah jambu di belakang tu.

Tebus & Menang

AEON juga menyediakan 2 program tebus dan menang. Mudah saja nak memang dan pasti dapat bawa pulang hadiah ke rumah.

Limited Edition Tu-gether Money Packet Redemption

Belanja RM188* (boleh gabung 2 resit pada hari yang sama) untuk AEON Member Plus Visa Card atau AEON Credit Cardholders.

Belanja RM288* (boleh gabung 2 resit pada hari yang sama) untuk Non-AEON Member Plus Visa Card atau Non-AEON Credit Cardholders.

Prosperity Heating Mug

Belanja RM688* (boleh gabung 3 resit pada hari yang sama) untuk AEON Member Plus Visa Card atau AEON Credit Cardholders.

Belanja RM888* (boleh gabung 3 resit pada hari yang sama) untuk Non-AEON Member Plus Visa Card atau Non-AEON Credit Cardholders.

Antara acara yang berlangsung.

*Bergantung kepada terma dan syarat

Aktiviti Lain

  • Astro CNY Roadshow
  • 988 Roadshow
  • Queenzy & Friends CNY Roadshow
  • CNY “The Heist” Movie 2023 Promo Tour

Jangan lepas peluang menangi hadiah yang disediakan. Selain itu, para pelanggan boleh juga menebus hadiah Disney x Tupperware menerusi AEON Star Reward 2023.

Baca juga; Pengeluaran KWSP Bersasar

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

RE.UNIQLO Studio Malaysia, Servis Jahit & Upah Serendah RM5
RE.UNIQLO Studio Malaysia | Memang dari dulu suka pakai koleksi …

RE.UNIQLO Studio Malaysia, Servis Jahit & Upah Serendah RM5

AEON Lancar Kempen Smile of Love Win a Cruise 2023
Bulan Februari cipta momen indah kepada pengunjung AEON apabila pasar …

AEON Lancar Kempen Smile of Love Win a Cruise 2023

About The Author

duniamyzan

4 Comments

  1. azni

    weh .. kemain meriah .. syok ni nak OOTD… dekat je rumah ko gi sana kan

    January 12, 2023
    • duniamyzan

      Aah dekat jugak dengan rumah. Tapi sejak ada AEON Mall Shah Alam, p situ jer. Lagi dekat.

      January 18, 2023
  2. Netty Ah Hiyer

    Memang seronok cantik pun cantik falling petal dekat aeon bukit tinggi tu..

    January 13, 2023
    • duniamyzan

      Kan, teruja macam budak-budak kat situ main kelopak bunga.

      January 18, 2023

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh