AEON Star Rewards 2023 | Berita gembira buat pelanggan syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) bila kempen kumpul dan tebus bersama Tupperware kembali lagi.
Kempen AEON Star Rewards 2023 membawakan kolaborasi bersama Tupperware buat kali kedua. Sebelum ini kolaborasi AEON bersama Tupperware menawarkan pertukaran setem dengan barangan terpilih Tupperware.
MJ merupakan salah seorang yang kumpul setem dan tebus set botol eco-friendly yang sangat versatil itu.
Tetapi kempen AEON Star Rewards 2023 kali ini lebih istimewa apabila memperkenalkan produk Tupperware yang berinspirasikan Disney100.

Ulang Tahun Disney Ke-100
Rupa-rupanya sudah 100 tahun watak-watak popular Disney menceriakan kanak-kanak seluruh dunia.
Justeru, bersempena dengan ulang tahun ke-100 The Walt Disney Company (The Walt Disney Company’s 100th anniversary), Tupperware akan meletakkan watak-watak popular Disney di beberapa produk yang terpilih.
Watak popular tersebut termasuk Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie the Pooh, Snow White, Mulan, Moana. Malah watak-watak yang terdapat dalam filem keluaran Pixar seperti Finding Nemo, Toy Story dan banyak lagi turut mendominasi rangkaian produk Tupperware yang terpilih.
AEON Star Rewards 2023
Bagi meraikan kempen yang sangat menarik ini, majlis pelancaran kempen AEON Star Rewards 2023 telah berlangsung di AEON Mall Shah Alam.
Kehadiran Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi AEON, Naoya Okada telah memeriahkan majlis yang berlangsung penuh meriah itu. Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON, Low Ngai Yuen, Ketua Operasi Mall, Pemasaran dan Pajakan AEON, Munirah Azmi dan Pengarah Urusan Tupperware Brands, Lily Loo.
Selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON, Low Ngai Yuen menzahirkan rasa terujanya dengan kempen AEON Star Rewards 2023 yang berlangsung ini. “Kami berasa amat gembira dan teruja untuk memulakan tahun 2023 ini dengan memberi kegembiraan dan senyuman di wajah pelanggan kami.

Melalui produk terbaharu Tupperware yang bertemakan Disney untuk program AEON Star Rewards 2023 ini.
Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang hebat yang dapat turut sama membantu misi kami untuk berkongsi keceriaan di samping melindungi alam sekitar.
Tupperware merupakan salah sebuah syarikat antarabangsa yang tersohor dan mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam.
Kami berharap pelanggan kami yang mengumpul barangan Tupperware yang bertemakan Disney ini dapat turut mengurangkan pembazairan dan pencemaran alam sekitar, serta menggunakannya apabila mengunjungi pasar raya kami,” kata Low Ngai Yuen tentang AEON Star Rewards 2023.

Kempen AEON x Tupperware x Disney
Tempoh
AEON telah memperkenalkan program AEON Star Rewards untuk tahun 2023 bersama Tupperware bermula 27 Disember 2022.
Kempen ini akan berlangsung hingga Jun 2023 di semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime stores (sehigga stok masih ada)
Penebusan
Produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware boleh ditebus oleh ahli AEON dan juga bukan ahli AEON.
Perlukah Menjadi Ahli AEON
Untuk AEON Member
- 2 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM30 dalam satu resit. Jika pembelian dilakukan dengan AEON Member Plus Visa Card / AEON Credit Card / AEON Wallet, pelanggan akan diberikan 3 setem.
- Untuk bukan AEON Member, 1 setem akan diberikan untuk setiap pembelian berjumlah RM30 dalam satu resit,
Untuk tebusan, AEON Member perlu mengumpulkan sejumlah 20 setem, manakala bukan ahli perlu mengumpulkan 40 setem.
Produk Tupperware Terpilih
Produk Tupperware yang disediakan khas untuk AEON Star Rewards ini termasuk bekas makan (lunch box), set botol eco-friendly, round eco bottles dalam saiz 500ml dan 100ml. Termasuk juga set serve ware two and three piece.

Ringkasan Kempen
Peminat Disney juga akan dapat menikmati “Disney100-themed retail pop-up” yang menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi, di Concourse AEON Mall Shah Alam bermula hari ini hingga 5 Februari 2023.
Reka bentuk serba baharu produk yang berinspirasikan Disney100 daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars juga boleh didapati. Item terdiri daripada pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, hiasan rumah, alat tulis dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh klik link ini.
Baca juga; Rebut Gelaran RAJA VIRAL