MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
Rebut Gelaran RAJA VIRAL, Teruja Tengok 12 ‘TikTokers’ Bersaing di TikTok AEON
Diari Wartawan

Rebut Gelaran RAJA VIRAL, Teruja Tengok 12 ‘TikTokers’ Bersaing di TikTok AEON

duniamyzan November 29, 2022

Rebut Gelaran RAJA VIRAL | Aplikasi media sosial tersohor, TikTok semakin mendominasi ruang alam maya dan memang boleh ralit kalau ‘masuk’ ke dalamnya.

Contents hide
1 Rebut Gelaran RAJA VIRAL
2 Peserta RAJA VIRAL
2.1 12 pempengaruh TikTok yang menyertai siri Raja Viral ini adalah:

Ada sahaja #fyp yang terpamer di skrin telefon pintar dan macam tahu-tahu saja minat seseorang ke arah itu. Seorang demi seorang TikTokers atau pempengaruh TikTok yang tampil dengan content yang tersendiri dan mencuit hati pelayar TikTok.

Biasanya kita tengok pempengaruh TikTok ni hadir dengan kreativiti tersendiri tapi kali ini ada sesuatu yang luar biasa bakal berlaku.

Buat julung kalinya Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah mengumpulkan 12 pempengaruh TikTok bersaing demi rebut Gelaran RAJA VIRAL.

Rebut Gelaran RAJA VIRAL, 12 pempengaruh TikTok bersaing jadi juara.

Inisiatif AEON ini turut berkolaborasi dengan selebriti dan usahawan, Datuk Aznil Nawawi. Malah persaingan pasti lebih menarik apabila aplikasi media sosial tersohor, TikTok turut bekerjasama untuk menerbit siri kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral ini.

Menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen, “Menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer di kalangan generasi muda yang amat aktif di atas talian untuk memperolehi sumber hiburan dan informasi.

Selain itu, AEON juga berazam untuk mengembangkan komuniti pencipta digital yang boleh mengubah impak tular kepada positif terhadap orang ramai,” katanya di majlis perasmian Raja Viral AEON x Datul Aznil Nawawi yang berlangsung di AEON Mall Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Rebut Gelaran RAJA VIRAL

Tak sabar nak tengok 12 pempengaruh TikTok ini bersaing dan rebut gelaran RAJA VIRAL sesama sendiri.

Khabarnya AEON telah menawarkan hadiah yang sangat lumayan. JUARA bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,00. Memang berbaloi!

Jom kita sokong pempengaruh TikTok masing-masing dengan menonton siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail Malaysia mulai 2 Disember ini.

Saksikan siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail Malaysia mulai 2 Disember ini.

Bagi rebut gelaran RAJA VIRAL, 12 pempengaruh TikTok berusaha menyiapkan tugasan diberikan selama 8 minggu.

Sepanjang pertandingan, peserta dikehendaki mencipta kandungan video baru mengikut tema berbeza setiap minggu seperti mengedit, ulasan makanan, resepi inspirasi dan juga parodi.

Mereka akan dibimbing oleh Datuk Aznil yang juga mentor dan juri utama Raja Viral untuk menjadi duta jenama yang lebih baik.

Terdapat beberapa juri jemputan yang bakal mengadili setiap peserta dan juri-juri tersebut belum dikongsikan lagi mungkin jadi kejutan buat para peserta nanti.

Selain itu, AEON akan menyediakan 3 sesi bengkel yang dikendalikan TikTok Creative Lab untuk semua peserta.

Datuk Aznil seorang pengacara dan pelakon popular, selaku pencipta bersama siri Raja Viral.

Episod Finale yang mengumumkan pemenang Raja Viral akan disiarkan secara langsung di TikTok di bulan Februari 2023. Raja Viral dijayakan dengan sokongan Birds of Paradise dan Carrie Junior selaku penaja utama.

Peserta RAJA VIRAL

Bagi peminat TikTok mesti dah kenal dengan 12 pempengaruh ini. Mereka mempunyai pengikut yang ramai di aplikasi media sosial tersohor, TikTok.

Menariknya, sebahagian besar peserta mula berjinak dalam dunia TikTok sewaktu Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan menghasilkan kandungan video kreatif
sehingga tular.

12 pempengaruh TikTok yang menyertai siri Raja Viral ini adalah:

  1. Daing Iskandar Mohd Tahir – @daing.ellando
  2. Ahmad Safwan Abdul Malek – @apanmalek
  3. Mohd Daud Suhaimi – @daudreny46
  4. Nur Fatihah Kamal – @tiyakamal2
  5. Mohammad Shohaimi @ Mr Wong – @tokmiewong
  6. Rusydi Sayuti Rosli – @rusydi.official
  7. Tunku Zarizah Tunku Zahrin – @kuzamieza
  8. Izzat Haikal Abdul Hakim – @_ijathaikal
  9. Fazza Syahir Mohd Zulkifli – @fazza.ellando
  10. Nur Salynata Salim – @salynata
  11. Muniswaran Harirama – @muniswaranharirama
  12. Muhammad Khuzaimie Lemat – @abang_panda4.0

Siapakah agaknya yang bakal bergelar RAJA VIRAL di antara 12 pempengaruh TikTok ini. Siapa juga agaknya yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM80,000 nanti.

Good luck! Kepada semua peserta dan tahniah kerana terpilih menyertai pertandingan ini.

Baca juga, AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN, AEON lancar REAL BEAUTY

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Peluang Belajar ICAEW di INTEC Laluan Kerjaya Akauntan Bertauliah
Belajar ICAEW di INTEC | Lepasan pelajar perakaunan yang ingin …

Peluang Belajar ICAEW di INTEC Laluan Kerjaya Akauntan Bertauliah

RM70 Billion Harta Pusaka Selangor Masih Beku, MAIS Lancar Bulan Kesedaran Terhadap Faraid
Kesedaran Terhadap Faraid | Ramai ahli keluarga yang mengambil sikap …

RM70 Billion Harta Pusaka Selangor Masih Beku, MAIS Lancar Bulan Kesedaran Terhadap Faraid

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh