MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
RE.UNIQLO Studio Malaysia, Servis Jahit & Upah Serendah RM5
Diari Wartawan

RE.UNIQLO Studio Malaysia, Servis Jahit & Upah Serendah RM5

duniamyzan November 17, 2022

RE.UNIQLO Studio Malaysia | Memang dari dulu suka pakai koleksi UNIQLO ni. Paling suka pakai koleksi Airism yang sangat selesa dengan cuaca kita yang panas.

Contents hide
1 Program RE.UNIQLO
2 RE.UNIQLO Studio Malaysia
3 Belajar Teknik Jahit

Kehadiran Gergasi pakaian global ini bukan untuk bersaing dalam industri fesyen. Sebaliknya UNIQLO mengetengahkan teknologi dalam tekstil atau pakaian. Dek kerana x factor inilah jenama UNIQLO semakin gah dalam industri fesyen.

Dalam kehidupan yang mencabar sekarang terutama dari segi ekonomi rumahtangga, UNIQLO mendidik kita untuk berjimat cermat menerusi program RE.UNIQLO.

Pengalaman menjahit di RE.UNIQLO Studio Malaysia di DA Square.

Program RE.UNIQLO

Kini Studio RE.UNIQLO. telah dibuka buat pertama kalinya yang berlokasi di DA Square, Bandar Sri Damansara.

  • Sebenarnya program RE.UNIQLO ini telah dilancarkan di beberapa stor utama di seluruh dunia.
  • Program RE.UNIQLO ini diperkenalkan bagi membantu pelanggan untuk memanjangkan hayat pakaian dengan tawaran pembaikan mudah dan praktikal untuk barangan LifeWear.
  • Program RE.UNIQLO ini juga membantu menyumbang kepada ekonomi membulat melalui program kitar semula dan 3R – Repair, Reuse dan Recycle.

Dalam erti kata mudah tak perlu buang pakaian sedia ada cuma beri nafas baru agar boleh dipakai dengan penuh gaya.

Usaha murni ini dapat membantu persekitaran dan komuniti setempat dan juga global. Malah dapat mengurangkan sisa pakaian dan pencemaran alam.  

Antara teknik jahitan yang dipelajari.

RE.UNIQLO Studio Malaysia

Antara perkhidmatan pembaikan pakaian yang ditawarkan di RE.UNIQLO Studio Malaysia adalah penggantian butang yang hilang, baiki jahitan yang terbuka, tampal poket dan loose hems dengan bayaran serendah RM5.

“Falsafah LifeWear UNIQLO sentiasa mentikberatkan kualiti dan ketahanan pada pakaian. UNIQLO bukan saja menghasilkan dan menjual pakaian yang boleh dipakai kerap dan memastikan materialnya tahan lebih lama.

RE.UNIQLO Studio memberi peluang untuk bersama-sama dengan pelanggan untuk mengekalkan barangan LifeWear peribadi dan memupuk idea yang lebih mampan,” kata Evelyn Tan, Pengarah Kelestarian UNIQLO Malaysia.

Belajar Teknik Jahit

Ketika meraikan pelancaran RE.UNIQLO Studio dan juga mempromosi 3R, UNIQLO telah menganjurkan bengkel istimewa buat pengunjung untuk belajar teknik jahitan mudah jika baju koyak atau butang tercabut.

Bengkel ini merupakan kolaborasi bersama Asfarena Group, sebuah badan sosial tempatan yang membantu memperkasakan wanita yang kurang bernasib baik.

Seronok belajar teknik menjahit baju terkoyak, tampalan dan jahitan butang dengan UNIQLO dan Asfarena Group. Lepas ni kalau baju terkoyak rasanya boleh dah jahit sendiri.

Baca juga; Cara Pilih Seluar Jeans; Tidur Berkualiti

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN Jayakan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN | Keunikan Malaysia di mata …

AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN Jayakan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia

Terbaik! AEON BiG Danau Kota, Sokong PJKM Anjuran KPDNHEP Kali Ke-2
Terbaik! AEON BiG Danau Kota | Sebenarnya dah lama tak …

Terbaik! AEON BiG Danau Kota, Sokong PJKM Anjuran KPDNHEP Kali Ke-2

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. nettyahhiyer

    Bagusnya kan ada program macam ni.. baju lama masih boleh diselamatkan gitu..

    November 25, 2022
  2. meera

    terbaiklah sis

    November 29, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh