MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
Char Kuey Teow Sedap Di Utara, Jerung CKT Paling Padu Baq Hang
Diari Wartawan

Char Kuey Teow Sedap Di Utara, Jerung CKT Paling Padu Baq Hang

duniamyzan October 13, 2022

Char Kuey Teow Sedap | Nikmatnya! Makan panas-panas dan masih berasap lagi. Tambah nikmat bila sosnya begitu enak dan tak boleh jumpa kat tempat lain. Memang ketagih dibuatnya.

Dekat mana nak cari Char Kuey Teow sedap macam ni sampai boleh masuk dalam mimpi di utara tanah air. Jawapannya sudah pasti tak lain dan tak bukan hanya di Jerung Char Kuey Teow.

Kalau tak percaya, tak kan Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pun turut berkenan santap Char Kuey Teow sedap dan begitu lazat ini.

Malah selebriti terkenal tanah air seperti Serina Datuk Chef Wan pun pernah berkunjung ke restoran Jerung Char Kuey Teow tau.

Char Kuey Teow Sedap Di Utara sudah tentu di Jerung Char Kuey Teow.

Bukan itu saja, pendakwah tersohor Ustaz Abdullah Khairi dan bintang bola sepak Pulau Pinang, Zafuan Azeman juga teruja menikmati Char Kuey Teow sedap yang jadi sebutan orang ramai ini. Padu Baq Hang!

Tak pernah terfikir nak gabungkan dua makanan favourite MJ iaitu Char Kuey Teow dan Lamb Chop dalam satu pinggan. Tapi Jerung Char Koay Teow merealisasikannya. Fuh! Nikmat sungguh.  

Jadi, kalau berkunjung ke Pulau Pinang dan Perlis, jangan lupa masukkan Jerung Char Kuey Teow jadi salah satu wish list destinasi yang wajib dikunjungi. Tak lengkap tau perjalanan kalau tak singgah di sini.

Contents hide
1 Char Kuey Teow Sedap Penang
1.1 Menu Yang Ditawarkan Di Jerung Char Kuey Teow Penang
2 Char Kuey Teow Sedap Perlis
2.1 Menu Yang Ditawarkan Di Jerung Char Kuey Teow Perlis
3 Waktu Operasi
4 Dulu Kerja Kilang Kini Usahawan Berjaya
5 Di Sebalik Nama Jerung Char Kuey Teow
6 Rahsia Kejayaan Jerung Char Kuey Teow
6.1 Resipi Istimewa
6.2 Kualiti Jadi Keutamaan
6.3 Bagaimana Mampu Bertahan?

Char Kuey Teow Sedap Penang

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan Char Kuey Teow sedap. Tapi Jerung Char Kuey Teow memang lain daripada yang lain.  

Keistimewaan Jerung Char Kuey Teow sudah tentu pada adunan resipi yang istimewa. Sebab itu ramai yang puji keenakan menu yang terdapat di Jerung Char Kuey Teow.

Ada respons daripada pelanggan mengatakan anaknya memang tak makan Char Kuey Teow sedap di tempat lain melainkan di Jerung Char Kuey Teow saja.

Lokasi Restoran Jerung Char Kuey Teow pula sangat strategik. Bagi menikmati keenakan Char Kuey Teow boleh cari di Jalan Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana, Bayan Lepas, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menu Yang Ditawarkan Di Jerung Char Kuey Teow Penang

  • Pelbagai jenis Char Kuey Teow (boleh minta bubuh ketam, kambing, Chicken Chop di atas Char Kuey Teow)
  • Nasi lemak (boleh tambah lauk seperti Ayam, Chicken Chop, Kambing dan ada Nasi Lemak Superman (ayam campur udang)
  • Makanan western pula seperti Kentang Goreng, Chicken Chop dan Lamb Chop.

Menu yang menjadi pilihan pelanggan di Jerung Char Kuey Teow Penang ialah;
Char Kuey Teow
Nasi Lemak Ayam

Char Kuey Teow Sedap Perlis

Jerung Char Koay Teow telah berkembang pesat dan membuka cawangan baharu di Perlis bermula Januari 2021.

Memilih lokasi di Jalan Behor Temak, Kangar. Betul-betul berhadapan bertentangan dengan pintu pagar utama Hospital KPJ Specialist Perlis.

Menu Yang Ditawarkan Di Jerung Char Kuey Teow Perlis

  • Pelbagai jenis Char Kuey Teow (boleh minta bubuh Ketam, Kambing, Chicken Chop di atas Char Kuey Teow)
  • Nasi Goreng Udang, Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Ayam Goreng dan Nasi Goreng Kambing.
  • Makanan western pula seperti Kentang Goreng, Chicken Chop dan Lamb Chop.

Menu yang menjadi pilihan pelanggan di Jerung Char Kuey Teow Perlis ialah;
Char Kuey Teow
Nasi Goreng Udang

Waktu Operasi

Setiap hari kecuali hari Isnin, 5.30 petang hingga 12.00 malam.

Yang membezakan dua restoran ini adalah Nasi Lemak dan Nasi Goreng.

Dulu Kerja Kilang Kini Usahawan Berjaya

Berkenalan dengan pengasas Jerung Char Kuey Teow ini sememangnya menyuntik inspirasi. Siapa sangka lima tahun dulu pasangan suami isteri, Azahar Aziz dan Salnita Taharain ini bekerja makan gaji dan kini dah bergelar usahawan Char Kuey Teow.

Pemilik Jerung Char Kuey Teow ini nekad keluar dari zon selesa setelah lebih 20 tahun bekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Selepas berhenti kerja, kami mula tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dan ketika itulah terfikir untuk berniaga.

Waktu itu kebetulan anak saudara suami datang ke Pulau Pinang untuk belajar memasak Char Kuey Teow di sebuah kedai yang cukup terkenal di Pulau Pinang.

Pada saat itu juga timbul idea untuk turut berniaga Char Kuey Teow.

Kini Jerung Char Kuey Teow Penang menjadi antara tumpuan ramai pelanggan termasuk dari luar Pulau Pinang termasuklah Johor, Selangor, Kelantan dan lain-lain.

Apatah lagi di zaman media sosial ini ramai pelanggan yang mengaku, datang hasil selepas Google,” kata Salnita tentang bisnes miliknya bersama suami.

Di Sebalik Nama Jerung Char Kuey Teow

Nama Jerung Char Kuey Teow ini diperoleh daripada seorang usahawan yang menjadi mentor pasangan suami isteri ini.

Mentor mereka selalu sebut perkataan ‘Jerung’ jadi timbul idea untuk menggunakan perkataan ‘Jerung’ sebagai jenama perniagaan mereka.

Pasangan suami isteri ini bijak merencana perjalanan perniagaan mereka. Tahu kekurangan diri, tiada asas dalam perniagaan mereka belajar terlebih dahulu bagaimana cara nak berniaga.

Harapan pasangan suami dan isteri ini untuk bawa jenama ‘Jerung’ lebih maju dan berkembang pesat.

Pengasas Jerung Char Kuey Teow ini juga mahu melebarkan perniaagan mereka menjadi sebuah syarikat yang membekalkan sos Char Kuey Teow dan sambal tumis frozen (sejuk beku) ke seluruh negara.

Semoga impian pasangan suami isteri ini menjadi kenyataan. Nanti bukan saja penduduk sekitar Pulau Pinang dan Perlis saja yang boleh menikmati menu istimewa Jerung Char Kuey Teow.

Malah seluruh rakyat Malaysia serta mungkin juga Singapura dan Brunei Darussalam boleh rasa dan masak sendiri di rumah. Tak lah boleh menikmati Char Kuey Teow di kedai saja kan.

Rahsia Kejayaan Jerung Char Kuey Teow

Setiap kejayaan sudah tentu mempunyai ‘resipi’ tersendiri. Kejayaan yang dicapai Jerung Char Kuey Teow dalam masa yang singkat tidak semudah yang disangka. Antara rahsia kejayaan mereka ialah;

Resipi Istimewa

Rahsia setiap kedai adalah terletak pada resipinya dan memang sos adalah perkara utama.

Resepi sos Char Kuey Teow milik Jerung Char Kuey Teow dapat daripada anak saudara dan telah diolah sedikit oleh pemilik supaya rasa lebih sedap.

Selain resipi istimewa sos Char Kuey Teow, ramai pelanggan mengatakan sambal nasi lemak benar-benar mengimbau nostalgia. Persis sambal air tangan mak-mak zaman dulu.

Resipi sambal nasi lemak diperoleh daripada kakak Azahar sendiri. Selain itu, menurut pelanggan, servis yang cepat antara sebab kenapa Jerung Char Kuey Teow bagai ‘gula dihurung semut’.

Kualiti Jadi Keutamaan

Menjaga kualiti sangat penting apabila melakukan bisnes makanan. Jadi Jerung Char Kuey Teow sangat mementingkan kualiti penyediaan makanan kepada pelanggan.

Bahan mentah yang digunakan juga mesti segar. Barulah rasa tu takkan lari.

Bagaimana Mampu Bertahan?

Tak dinafikan, saingan sangat banyak sama ada di Perlis apatah lagi di Pulau Pinang yang memang orang kata ‘tempat Char Kuey Teow’.

Jerung Char Kuey Teow mampu bertahan kerana mengekalkan kualiti dan rasa serta servis. Mereka akan pastikan bila pelanggan makan dan puas hati buat kali pertama dan bila datang lagi, mereka akan dapat rasa yang sama. Tak mudah tapi itu yang diusahakan selama ini.

FB: Jerung Char Kuey Teow Enterprise (cawangan Penang)
: Jerung Char Kuey Teow Perlis (cawangan Perlis)
IG: Jerungckt

Baca juga; Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir
Drama Biarkan Ia Pergi
Ejen Ali Musim 3
Drama Risik Pada Hati

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Sambutan Kemerdekaan 2022 Di AEON Mall Nilai, Meriah & Berbaloi
Sambutan Kemerdekaan 2022 | Dah dua tahun kita menyambut hari …

Sambutan Kemerdekaan 2022 Di AEON Mall Nilai, Meriah & Berbaloi

Terbaik! AEON BiG Danau Kota, Sokong PJKM Anjuran KPDNHEP Kali Ke-2
Terbaik! AEON BiG Danau Kota | Sebenarnya dah lama tak …

Terbaik! AEON BiG Danau Kota, Sokong PJKM Anjuran KPDNHEP Kali Ke-2

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. wawa azwa

    Wah…wajib cuba nanti kalau p Penang.

    October 14, 2022
  2. nettyahhiyer

    Char kuey teow campur lamb grill tu memang lain dari yang lain.. terasa kesedapannya sampai sini..

    October 14, 2022

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh