MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN Jayakan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
Diari Wartawan

AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN Jayakan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia

duniamyzan October 3, 2022

AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN | Keunikan Malaysia di mata dunia sudah tentu terletak kerana penduduknya yang berbilang kaum dengan kepelbagaian budaya.

Contents hide
1 AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN
2 Apakah Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia
2.1 Pameran Rumah KAMI
2.2 Cita Rasa Menu Keluarga Malaysia
2.3 Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia
2.4 Aktiviti Sukan Tradisional

Masih ingat lagi dahulu ketika di sekolah belajar serta membesar dengan kawan-kawan yang terdiri daripada etnik Cina dan India. Tidak terkecuali juga dengan masyakarat orang Asli.

Membesar di Tapah, Perak kami melakukan pelbagai aktiviti dan bersaing secara sihat tanpa mengenal pangkat, bangsa dan agama.

Rasa seronok sudah tentulah kan, maklumlah zaman remaja. Sehingga ke hari ini hubungan tetap terjalin lebih-lebih lagi dengan adanya kemajuan teknologi seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Twitter.

AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN Jayakan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia .

AEON BiG Bekerjasama Dengan KPN

Sehubungan dengan itu, rasa teruja apabila melihat AEON BiG bekerjasama dengan KPN (Kementerian Perpaduan Negara) menyemarakkan lagi semangat muhibbah kepada masyarakat.

AEON BiG bekerjasama dengan KPN ini diterjemahkan melalui Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara, Yang Berhormat Datuk Halimah Mohamed Sadique sendiri turun padang hadir di majlis perasmian program ini seterusnya merasmikan majlis yang begitu meriah itu.

Menteri Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara, Yang Berhormat Datuk Halimah Mohamed Sadique

Majlis perasmian Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia ini telah berlangsung di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Yang Berbahagia Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Yang Berusaha Dr. Kang Tong Hum, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional, Yang Berbahagia Dato’ Hajah Norison Ramli dan Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd. Sheikh Farouk Sheik Mohamed.

Selaku Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd. Sheikh Farouk Sheik Mohamed telah menzahirkan rasa sukacitanya dengan kerjasama program ini.

“AEON BiG tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama berganding bahu dan bergerak ke hadapan untuk memastikan aspirasi murni ini tercapai.

Alhamdulillah, melalui perbincangan yang diadakan bersama pihak KPN, akhirnya pada hari ini AEON BiG dapat bekerjasama untuk menjayakan Program Galeri Uniti Keluarga Malaysia bersama-sama dengan KPN.

Hubungan yang erat bersama ekosistem kami ini membolehkan kami terus beriltizam untuk terus menyokong dan membantu para usahawan kecil sederhana khasnya bagi memasarkan produk mereka.

Kami ingin menjadikan pasar raya besar kami bukan sahaja sebagai tempat untuk membeli belah, malah sebagai sebuah pusat perkongsian maklumat dan aktiviti sosial yang berguna kepada masyarakat setempat.

Kami sentiasa mahu memastikan kelestarian hubungan bersama komuniti kami melalui kerjasama di dalam pelbagai jenis aktiviti sukan dan sosial.

Sementara itu kami juga mahukan keselesaan setiap pelanggan kami dengan menyediakan kemudahan yang terbaik dan produk yang halal serta berkualiti,” ucap Sheikh Farouk Sheikh Mohamed di majlis tersebut tentang AEON BiG bekerjasama dengan KPN.

Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd. Sheikh Farouk Sheik Mohamed

Menurut Sheikh Farouk Sheikh Mohamed AEON BiG bekerjasama dengan KPN untuk program yang dilaksanakan selama sepuluh hari bermula 29 September 2022 sehingga 9 Oktober 2022 dari jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam.

Terdapat 6 lokasi AEON BiG terpilih di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Selain itu, tiga cawangan AEON Mall juga turut mengambil bahagian.

Memang seronok hadir di majlis sebegini dan semoga AEON BiG bekerjasama dengan KPN di masa akan datang.

Apakah Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia

Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia adalah program yang menghimpunkan detik-detik perpaduan Keluarga Malaysia ini telah diterjemahkan kepada sebuah galeri yang menggambarkan penyatuan Keluarga Malaysia.

Semangat perpaduan yang terbina merentasi sempadan kaum, agama, budaya dan bahasa terus diperkasa melalui kepelbagaian pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

Antara pengisian utama termasuklah:

Pameran Rumah KAMI

Pameran yang berkonsepkan kepelbagaian kaum di Malaysia ini memberi peluang kepada setiap pengunjung mengenali keistimewaan dan keunikan tradisi dan budaya yang menjadi amalan masyarakat majmuk di negara ini.

Pengenalan terhadap kepelbagaian budaya ini mampu menyuntik rasa menghargai antara satu sama lain di samping dapat memperkukuh amalan hormat-menghormati antara kaum.

Cita Rasa Menu Keluarga Malaysia

Dalam usaha memartabatkan ikatan penyatuan Keluarga Malaysia, KPN melihat sajian kepelbagaian menu makanan yang berlatarbelakangkan kaum berbeza mampu menjadi platform pengukuhan tapak integrasi perpaduan Keluarga Malaysia.

Dalam segmen ini, pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri keunikan rasa setiap hidangan yang beridentitikan kepelbagaian kaum ini.

Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia

Busana indah yang melambangkan budaya dan identiti kaum turut dipersembahkan kepada pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

Pepatah tidak kenal maka tidak cinta amatlah tepat untuk digambarkan di sini kerana keindahan setiap busana yang dipamerkan sudah pasti memukau setiap pengunjung yang hadir.

Aktiviti Sukan Tradisional

Aktiviti permainan sukan tradisional atau lebih dikenali sebagai sukan rakyat merupakan salah satu medium penyatuan Keluarga Malaysia turut diadakan sepanjang program berlangsung.

Pengunjung berpeluang untuk turut serta bermain permainan seperti congkak, batu seremban dan yoyo Cina di tapak galeri ini.

Baca juga; Terbaik! AEON BiG Danau Kota; Kemudahan Beli-belah di AEON BiG

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Sambutan Kemerdekaan 2022 Di AEON Mall Nilai, Meriah & Berbaloi
Sambutan Kemerdekaan 2022 | Dah dua tahun kita menyambut hari …

Sambutan Kemerdekaan 2022 Di AEON Mall Nilai, Meriah & Berbaloi

Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
Popilush Shaper Dress | The trend of women wearing inside …

Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women

About The Author

duniamyzan

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
    September 17, 2023 0
  • Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara Sistematik
    Cara Kiraan Faraid, Urus Harta Pusaka Secara …
    August 23, 2023 0
  • 8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di Malaysia
    8 Jenama Basikal Lipat Paling Popular Di …
    August 26, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh