Hush Puppies x Liunic | Peminat art print sudah pasti teruja apabila melihat koleksi terbaharu dari jenama kasut terkenal ini. Warna-warna ceria yang mendominasi rekaan yang terletak pada kasut, sandal, selipar, beg tangan benar-benar menakjubkan. Peluang menyaksikan sendiri pelancaran koleksi terbaharu ini mengujakan. Saat menelusuri setiap sudut butik jenama ini yang terletak di Mid Valley Megamall pandangan mata seakan sukar untuk dialihkan dan tertawan dengan warna ceria yang sangat trendy.
Hush Puppies x Liunic menyasarkan untuk menarik minat geng milenial dan GenZ memilikinya. Kolaborasi antara Hush Puppies x Liunic sangat bertepatan tampil begitu mempesona dengan mainan warna ceria selain berkualiti dalam pelbagai aksesori.
Malah setiap design Hush Puppies x Liunic ini begitu cukup menarik dengan gabungan lukisan seni, warna warni ceria sesuai dengan arus moden fesyen untuk menjadikan gaya si pemakai lebih trendy dan agak sporty.
Dalam satu temubual di Indonesia, Martcellia Liunic yang juga seorang ilustrator memberitahu, setiap design ilustrasi yang dibuatnya menggambar kegembiraan jadi dia mahu sesiapa saja yang menggayakan atau melihatnya akan turut merasa bahagia.
Jenama Liunic On Thing
Jenama Luinic On Thing bermula pada tahun 2015 apabila Martcellia Liunic yang berasal dari Jakarta, Indonesia mengadaptasikan bidang art print dengan identiti produk unik berwarna-warni.
Produk jenama ini mendapat respons yang baik dan terus mengeksplorasi karyanya pada produk fesyen seperti baju, beg tangan dan kasut.
Jenama Liunic on Thing ini semakin berkembang pesat dengan menterjemahkan produk ekspresif, jujur dan autentik.
Pelancaran Hush Puppies x Liunic
Koleksi Hush Puppies X Liunic ini telah dilancarkan sekali gus pembukaan butik dengan konsep lebih segar dan terkini di Mid Valley Megamall. Di majlis pelancaran yang ini keseluruhan koleksi Hush Puppies X Liunic telah dipersembahkan kepada para VIP dan media. Tidak ketinggalan juga influencer yang juga turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsung majlis pelancaran ini dan tetamu boleh bermain lucky draw dengan mengimbas QR Code yang diberikan.
Malah yang lebih istimewa apabila untuk mendapat goodies bag perlu bermain Claw Machine. Tak sangka hanya dengan sekali cubaan MJ dapat crossbody bag yang sangat cantik dari koleksi Hush Puppies X Liunic ini.
Dalam majlis itu juga Daniel Ng, Pengurus Pemasaran Hush Puppies Footwear & Accessories, Malaysia, memberitahu sangat teruja untuk bekerjasama dengan Martcellia Liunic bagi memperkenalkan koleksi baharu yang menggembirakan.
Cara Dapatkan Koleksi Ini
Daniel percaya bahawa gaya tersendiri Liunic dan pendekatan kembara penuh warna warni ini sejajar dengan intipati Hush Puppies. Reka bentuk yang dihasilkan dijangka kasual, menyeronokkan, bertenaga dan selesa. Malah beliau yakin kedua-dua Hush Puppies x Liunic boleh menggayakan koleksi ini dengan penuh semangat.
Bagi yang berminat untuk memiliki koleksi Hush Puppies x Liunic boleh dapatkan pembelian di lokasi runcit Hush Puppies dan dalam talian di laman web Hush Puppies (www.hushpuppies.my). Dengan pemberian GWP edisi terhad untuk setiap pembelian koleksi Hush Puppies x Liunic dan sementara stok masih ada.
Baca juga; Cara Baiki Dryer Electrolux Tak Pusing