Buffet Ramadan 2023 Kuala Lumpur | Menikmati hidangan berbuka puasa di bulan Ramadan bersama keluarga tersayang sememangnya momen yang ditunggu-tunggu. Paling kurang sehari dalam sebulan kita memilih untuk berbuka puasa di luar bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Apa kata tahun ini kita memilih The Westin Kuala Lumpur sebagai lokasi berbuka puasa bersama keluarga. Ini kerana hotel ini memiliki keistimewaan menu berbuka dengan tema Citarasa Anak Kampung. Memiliki pilihan menu lebih 300 masakan sudah cukup untuk menggembirakan ahli keluarga tersayang.
Pengunjung buffet Ramadan 2023 Kuala Lumpur boleh menikmati hidangan istimewa di ruang makan yang selesa dan luas. Di The Living Room telah tersedia susun atur buffet yang sangat selesa dan tidak akan menyebabkan kesesakan sewaktu memilih hidangan berbuka puasa. Kaunter buffet juga turut membangkitkan nostalgia apabila dihias indah inspirasi suasana kampung.
Citarasa Anak Kampung The Westin Kuala Lumpur
Ada pelbagai jenis hidangan yang disajikan namun keistimewaan tahun ini apabila pihak hotel menonjolkan tema menu Citarasa Anak Kampung. Seramai 7 orang chef telah dipilih untuk menyajikan signature dishes yang mengetengahkan kampung halaman masing-masing.
Selangor
Chef Hamid Buyong berasal dari Petaling Jaya mempersembahkan hidangan istimewa air tangannya Kambing Golek Nasi Briyani. Hidangan istimewa ini mengambil inspirasi masakan India dan Arab. Nasi disediakan dengan rempah ratus dan dimasak dengan cara tradisional seperti mak-mak zaman dahulu. Aroma harum nasi briyani ini memang sangat mengasyikkan. Manakala kambing pula diperap selama 24 jam dengan 12 jenis rempah ratus yang istimewa. Bukan itu sahaja malah hidangan ini turut disertakan dengan saffron egg, salsa dan air asam. Memang sekali makan mesti nak lagi.
Seorang lagi yang yang berasal dari Selangor ialah Chef Firdaus Atan. Chef yang berasal dari Shah Alam ini menyediakan hidangan Rendang Ayam Kampung Pedas. Membesar dalam keluarga yang hebat memasak rendang, Chef Firdaus sudi berkongsi ramuan istimewa rendang air tangannya dengan pengunjung Buffet Ramadan 2023 Kuala Lumpur. Memang rezeki sungguh dapat rasa rendang istimewa ini. Terasa rempah ratus yang digarap bersama ayam tersebut.
Melaka
Negeri Melaka memang terkenal dengan hidangan istimewanya. Kali ini Chef Hafizi yang berasal dari Tangga Batu, Melaka telah mempersembahkan menu istimewanya iaitu Portuguese Baked Whole Salmon. Hidangan ini merupakan inspirasi daripada arwah datuknya 20 tahun yang lalu. Memang enak menikmati ikan salmon yang digarap dengan rempah ratus istimewa pilihan Chef Hafizi. Mengunyah ikan salmon ini bagai cair di mulut. Macam nak datang lagi dan makan ikan salmon ni saja.
Pahang
Chef Iqbal yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang telah menyediakan hidangan istimewanya iaitu Ayam Opor dan Daging Dendeng Berlado. Ayam Opor merupakan menu istimewa air tangan ibunya yang selalu dimakan bersama ketupat dan lemang ketika hari raya. Daging Dendeng Berlado pula biasa disajikan ketika majlis perkahwinan di negeri Pahang. Sebelum hari raya kita boleh menikmati dua hidangan istimewa ini di Buffet Ramadan 2023 Kuala Lumpur hanya di The Westin.
Perak
Peminat kerabu mesti teruja nak cuba makan Kerabu Perut Bunga Kantan resipi istimewa air tangan Chef Emy Fairuz ini. Sebut nama menu saja pun dah kecur liur. Chef yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini telah berkongsi resepi turun temurun keluarganya di perak untuk sajian berbuka puasa di The Westin Kuala Lumpur.
Johor
Johor memang terkenal dengan Sup Kambing Merah Berempah. Justeru, Chef Syeriff Hafizal yang berasal dari Kampung Tebrau, Johor telah mempersembahkan hidangan istimewa warisan kampungnya kepada pengunjung yang berbuka puasa di hotel ini. Istimewanya lagi apabila Chef Syeriff menggunakan Lamb Gearbox semata-mata untuk Sup Kambing Merah Berempah. Peminat gearbox jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa ini.
Negeri Sembilan
Kalau berkunjung ke Negeri Sembilan tak sah kalau tak makan Daging salai Masak lemak Cili Api. Chef Sheikh Muzaffar telah membawa hidangan istimewa negeri Sembilan ini ke buffet Ramadan 2023 Kuala Lumpur di The Westin Hotel. Menu tradisional popular ini diadun sempurna dan dimasak kayu api untuk membangkitkan aroma dan rasanya. Memang rugi kalau tak cuba Daging Salai Masak lemak Cili Api air tangan Chef Sheikh Muzaffar ini.
Selain Citarasa Anak Kampung The Westin Kuala Lumpur turut menyajikan hidangan istimewa lain seperti;
- Kaunter sup (Soup Counter)
- Masakan cina (Chinese Delicacies)
- Hidangan istimewa pilihan kanak-kanak (kid’s favorite)
- Noodle station
- Pasteri (pastries)
- Hidangan pencuci mulut (desserts)
- Bubur lambuk
- Buah-buahan dan salad.
- Pilihan minuman yang pelbagai
Harga Buffet Ramadan The Westin Kuala Lumpur
Early Bird Promotion
(Valid dari 24 Februari hingga 23 March 2023 sahaja)
RM158nett per person (adult)
Normal Price
RM208nett per person (adult)
RM104nett per person (child)
*kanak-kanak di bawah umur 6 tahun makan dengan percuma.
Pilihan Buffet Ramadan 2323 di Fairfield By Marriot Kuala Lumpur dan Senarai Buffet Ramadhan 2023