MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Wartawan
Sehari Bersama DS Siti Nurhaliza Di Genting Highland
Diari Wartawan

Sehari Bersama DS Siti Nurhaliza Di Genting Highland

duniamyzan January 21, 2021

Bila dijemput untuk menghabiskan masa sehari bersama DS Siti Nurhaliza, penyanyi lagu Purnama Merindu ni, of course excited, kan.

Bekerja sebagai wartawan ni, salah satu keistimewaannya adalah berpeluang berjumpa dengan individu yang berpengaruh termasuklah orang politik, orang ekonomi dan juga orang seni.

Dato’ Siti Nurhaliza (Tokti) adalah insan seni yang paling berpengaruh di negara kita dan peluang menghabiskan masa sehari bersama DS Siti Nurhaliza sangat mengujakan!

seronok menghabiskan masa sehari bersama DS Siti Nurhaliza.
Bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Sebenarnya, ini bukan pertama kali berjumpa dengan Tokti dah banyak kali termasuk berjumpa dalam event dan membuat photo shoot dan temu bual bersama. Cuma, peluang kali ini berpeluang menghabiskan masa sehari bersama DS Siti Nurhaliza, teruja dia lain macam sikit.

Muka teruja first time naik cable car baru di Genting

Tapi, dalam rasa excited tu, takut-takut juga sebab masa tu cerita tentang COVID-19 masih baru lagi. Masa tu, ramai pelancong dari China datang berkunjung ke tempat sejuk itu.

Program Sehari Bersama DS Siti Nurhaliza

Hari yang dijanjikan kunjung tiba, semua wakil media bersama Fan Club Tokti dikehendaki berkumpul di KL Sentral untuk menaiki bas yang disediakan untuk ke sesi Sehari Bersama DS Siti Nurhaliza di Genting Highland.

Kenangan di Kota keriangan Genting sehari bersama DS Siti.

Dah lama sebenarnya tak naik Genting Highland ni dan tak pernah naik cable car kat Genting Highland ni. Tiba-tiba kami disuruh turun bas dan cable car pula. Cable car ini adalah yang terbaharu menggantikan cable car lama. Excited dan takut, tak lah takut sangat, cable car di Langkawi lagi menggerunkan.

BACA: Cara Pilih Seluar Jeans Yang Betul

Kenangan bermain salji buatan sehari bersama DS Siti.

Sebaik sahaja rombongan kami tiba di depan pintu masuk Skytropolis Indoor Theme Park, Tokti pun datang bersama isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia, Puan Sri Cecilia Lim. Kecewa juga bila Tokti tak bawa Aafiyah sebab teringin nak jumpa budak comel dan keletah tu, tapi faham sebab situasi ketika itu tak mengizinkan.

Sebenarnya, Tokti membawa wakil media dan kelab peminatnya ke sini adalah untuk meraikan empat kanak-kanak daripada Institut Jantung Negara (IJN) yang menghidap sakit jantung di bawah kempen SIMPLYSITI Di hati 2019. Hari ini, kami berpeluang masuk semua tempat yang ada di Genting ini. Bermula makan tengah hari di Ed’s Diner dan diikuti bermain di Skytropolis serta bermain salji termasuk menonton Imaginatricks di waktu malam. Hampir pukul 11.00 malam baru kami bertolak untuk pulang ke rumah masing-masing.

Lunch di Ed’s Diner

Baca: i-Suri KWSP Bantuan Suri Rumah

Pinterest
Share
Tweet
Email
Next Article

Related Articles

Rebut Gelaran RAJA VIRAL, Teruja Tengok 12 ‘TikTokers’ Bersaing di TikTok AEON
Rebut Gelaran RAJA VIRAL | Aplikasi media sosial tersohor, TikTok …

Rebut Gelaran RAJA VIRAL, Teruja Tengok 12 ‘TikTokers’ Bersaing di TikTok AEON

RE.UNIQLO Studio Malaysia, Servis Jahit & Upah Serendah RM5
RE.UNIQLO Studio Malaysia | Memang dari dulu suka pakai koleksi …

RE.UNIQLO Studio Malaysia, Servis Jahit & Upah Serendah RM5

About The Author

duniamyzan

One Response

  1. Nita

    Cantiknya sis ni lbh kurang je dgn Tokti 🙂

    January 22, 2021

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh