Buffet Ramadan Smoked Kingdom | Bukan calang-calang berbuka puasa di Smoked Kingdom by Don Daniyal tahun ini. Hanya buat tempahan untuk berbuka puasa boleh memang emas. Malah kalau berbuka puasa pula boleh menang motorsikal, siapa yang tak nak kan. Inilah keistimewaan apabila memilih restoran ini untuk berbuka puasa di bulan Ramadan nanti. Dengan niat ingin berkongsi rezeki bersama pelanggan, Smoked Kingdom by Don Daniyal telah menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000.
Usah lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang enak ketika berbuka puasa di Buffet Ramadan Smoked Kingdom dan menang hadiah cabutan bertuah. Rugi sangat kalau lepas peluang keemasan ini.
Tertarik dengan kata-kata pendakwah bebas dan juga personaliti televisyen Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, “Orang tanya bukankah kalau bulan puasa kita kena beribadah. Makan makanan yang halal dan elok juga adalah ibadah.
Menyediakan makanan juga adalah ibadah, kalau tidak Nabi Muhammad SAW tak kata pun orang yang berpuasa ada dua kegembiraan; yang pertama waktu berbuka puasa dan yang kedua ketika bertemu dengan Allah SWT,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran Buffet Al-Mubarak Smoked Kingdom by Don Daniyal.

Buffet Ramadan Smoked Kingdom
Buffet Al-Mubarak Smoked Kingdom By Don Daniyal akan berlangsung sepanjang 24 Mac sehingga 19 April 2023 dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam. Macam mana pula nak menang hadiah?
Mudah sahaja. Ada dua cara untuk pelanggan Buffet Ramadan Smoked Kingdom memenangi hadiah cabutan bertuah.
Ketika Buat Tempahan
Setiap pelanggan yang menempah Early Bird (1 Mac – 22 Mac 2023) boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat tempahan Early Bird juga berpeluang menangi emas bernilai RM3,000. Masa terhad dan usah lepaskan peluang keemasan ini.
Ketika Berbuka Puasa
Dengan setiap pembelian buffet Ramadan Smoked Kingdom by Don Daniyal pelanggan layak untuk mengambil bahagian di dalam cabutan bertuah ini dan berpeluang memenangi:
- 1x Motosikal (Hadiah Utama)
- 6x Wang Tunai RM250 (Hadiah mingguan)
Harga Buffet Al-Mubarak Smoked Kingdom
RM99++ (Dewasa)
RM69++ (kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun)
Warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat diskaun 30 peratus
*harga tidak termasuk cukai.
Harga istimewa untuk Business Package (minimum 10 pax)
Buffet Al-Mubarak Smoked Kingdom By Don Daniyal
Memang sedap menikmati hidangan menu berbuka puasa di Smoked Kingdom By Don Daniyal milik bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Muhammad Hilmi Hayat dan Muhammad Zaki Yusof ini. Semua sedap-sedap belaka tetapi yang paling diminati ialah Kambing Bakar makan dengan Sos Lada Hitam, Nasi Arab, Gulai Kari Ikan, bubur lambuk dan macam-macam lagi.

Mempunyai 3 buah outlet di Ayer 8, Putrajaya, Vista Alam, Shah Alam dan 118 Skydining, Wangsa Maju (Smoked Kingdom Wangsa Maju). Ketiga-tiga outlet Smoked Kingdom by Don Daniyal menyediakan menu yang berbeza sepanjang bulan puasa.
Menu Di Ayer 8, Putrajaya
- Asian
- Western
- Noodle Section
- Beverage and Dessert
Menu Di Vista Alam, Shah Alam
- Asian
- Western
- Noodle Section
- Beverage and Dessert
Menu Di 118 Skydining, Wangsa Maju
- Selection of Malaysian Appetizers and Salad
- Chef’s Special
- Hot Dishes Counter
- From The Grill BBQ Item
- Assorted Crackers and Condiments
- Soup Counter
- Variety of Sambal
- Dessert Counter
- Malaysia Beverage Counter
Hari Wanita 2023
Di majlis yang sama, Smoked Kingdom By Don Daniyal telah meraikan ibu tunggal bersempena Hari Wanita 2023.
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, Smoked Kingdom by Don Daniyal telah menyantuni Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Kuala Lumpur & Selangor (WITUS). Seramai 30 orang wakil WITUS telah hadir dan diraikan di Majlis Sambutan Hari Wanita tersebut.

Teruja melihat wakil WITUS yang berhati waja gembira menerima penghargaan sambil menikmati hidangan istimewa sempena majlis pelancaran Buffet Al-Mubarak Smoked Kingdom by Don Daniyal.
Bukan itu sahaja, Smoked Kingdom by Don Daniyal juga telah mengundang Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) – Buta untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Wanita ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Imam Muda Megat Mohd Zaid dan Selebriti Irma Hasmie.
Baca juga; Buffet Ramadhan Johor dan Cara Bayar Fidyah Online Selangor
MShahrulnizam
Wow….ada menang emas dan motor ke?
MAMA REEN
Hebat sangat ni boleh menang hadiah lucy draw
sofea
WOW !!! Menarik nie.. 🙂