AEON Brick Parkour Asian Tour 2023 | Tahniah! AEON Mall Shah Alam kerana telah mengambil inisiatif menjadi tuan rumah untuk acara Brick Parkour Asian Tour 2023 di Malaysia. Seperti yang kita tahu AEON begitu aktif mempromosikan kehidupan sihat bersama komuniti terutama pelanggan setianya. Lantas, peluang menjadi tuan rumah untu acar berprestij ini membuatkan pelanggannya sangat teruja. Brick Parkour Asian Tour 2023 ini julung kali diadakan di Asia dan Kuala Lumpur termasuk dalam siri jelajah kali ini.
Terdapat pelbagai acara yang telah direncanakan ketika siri jelajah ini. Sewaktunya mengunjungi ruang legar aras bawah pusat beli-belah Aeon Mall Shah Alam kelihatan kanak-kanak tadika berpeluang belajar teknik sukan parkour dengan atlet antarabangsa yang mengikuti Brick Parkour Asian Tour 2023 di Malaysia. Beruntung sungguh mereka dapat belajar dengan atlet antarabangsa tu.
AEON Brick Parkour Asian Tour 2023
Peserta dari Malaysia, Muhammad Naqib Abu Bakar telah dinobatkan menjadi Juara dan diikuti oleh peserta dari Singapura, Koh Chen Pin sebagai pemenang tempat kedua dan Muhammad Faiz Saifulrahman dari Malaysia menjadi pemenang tempat ketiga.
Sebuah pertandingan yang menyaksikan pertandingan antara peserta Local dan World Speed turut diadakan di Aeon Mall Shah Alam pada 15 Ogos 2023 lalu. Bagi pihak Local, telah diwakili oleh Muhammad Naqib Abu Bakar (Malaysia), Koh Chen Pin dan Gwen (Singapura). Wakil Antarabangsa pula telah diwakili oleh Stephanie Zitis (Australia), Caryl Cordt Moeller (Switzerland) dan Javier Rodriguez (Mexico).
Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan, Y.Bhg Adam Ali telah menyerikan majlis ini dan turut dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Morinari Watanabe, Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Malaysia, Dato Tan Gin Soon, Setiausaha Pertama, Konsulat Jepun Malaysia, Daisuke Takakashi serta Timbalan Pengarah Urusan AEON Malaysia, Naoya Okada. Turut hadir adalah atlet-atlet Parkour tempatan dan antarabangsa seperti Jerman, Jepun serta Filipina.
Wakil antarabangsa telah menunjukkan skil mereka dan memenangi pertandingan ini.
Brick Parkour Asian Tour 2023
Brick Parkour Asian Tour 2023 akan diadakan di enam negara di Asia Tenggara pada bulan Ogos 2023, iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Kemboja. Namun, acara di Kemboja telah dibatalkan.
Tujuan Brick Parkour Asian Tour 2023 ini adalah untuk mempromosikan dan membangunkan sukan parkour di rantau ini. Justeru, beri peluang kepada pengamal parkour tempatan untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka.
Acara ini juga mendapat sokongan dari Federasi Gimnastik Antarabangsa (FIG) dan badan-badan gimnastik nasional di setiap negara.
Acara ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu;
Speed Run
Speed Run adalah perlumbaan yang menguji kelajuan dan ketepatan pengamal parkour dalam melalui halangan-halangan yang disediakan.
Freestyle
Freestyle pula adalah pertandingan yang menilai kreativiti dan gaya pengamal parkour dalam melakukan pergerakan-pergerakan yang bebas.
Berikut adalah tarikh dan lokasi Brick Parkour Asian Tour 2023:
TARIKH | LOKASI | NEGARA | CATATAN |
---|---|---|---|
12-13 Ogos | AEON Mall, BSD City, Jakarta | Indonesia | |
15-16 Ogos | AEON Mall Shah Alam, Kuala Lumpur | Malaysia | |
19-20 Ogos | AEON Mall Mean Chey, Phnom Penh | Kemboja | DIBATALKAN |
22-23 Ogos | Central World, Bangkok | Thailand | |
26-27 Ogos | AEON Mall Ha Dong, Hanoi | Vietnam | |
30-31 Ogos | Quirino Grandstand, Manila | Filipina |
Info Tentang Sukan Parkour
Sukan parkour mempunyai beberapa ciri-ciri utama, antara lain:
Kesesuaian
Pengamal parkour belajar menyesuaikan diri dengan mana-mana persekitaran dan sebarang halangan yang mendatangi mereka. Mereka dilatih untuk melihat persekitaran secara kreatif dan mencari penyelesaian unik untuk setiap cabaran.
Meningkatkan Kecergasan Mental
Parkour juga melatih minda pengamalnya untuk berfikir secara kritis, kreatif dan cepat. Pengamal parkour belajar untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengawal emosi mereka dalam situasi yang mencabar. Pengamal parkour juga dapat meningkatkan keyakinan diri, disiplin diri dan motivasi diri.
Meningkatkan Kesihatan Sosial
Parkour adalah sukan yang boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Pengamal parkour dapat berinteraksi dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama, berkongsi pengalaman dan ilmu, serta memberi sokongan dan galakan kepada satu sama lain. Pengamal parkour juga dapat menyumbang kepada masyarakat dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukarela, pendidikan dan kesedaran.
Sukan parkour adalah sukan yang menarik, menyeronokkan dan bermanfaat bagi mereka yang ingin mencabar diri mereka sendiri dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Sukan ini juga merupakan suatu cara untuk menghormati dan menyambut kepelbagaian manusia dan alam sekitar.
Baca juga; https://myzanjourney.com/duta-kids-republic/