MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Menu
  • The Owner
    • Diari Wartawan
  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat & Cantik

Mulakan dengan bismillah...

Join Us Now For Free
Home
Diari Dapur
Asam Pedas Melaka Simple & Sedap Nau
Diari Dapur

Asam Pedas Melaka Simple & Sedap Nau

duniamyzan July 11, 2021

Cara masak Asam Pedas Melaka Simple sebenarnya. Tapi nikmat makan asam pedas ditambah pula makan dengan sambal belacan memang tak boleh bawa bincang.

Contents hide
1 Resipi Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri
1.1 Cara Masak Asam Pedas Melaka Simple;
1.2 Tips Masak Asam Pedas Sedap

Sejujurnya memang tak pernah makan masakan istimewa Bandaraya Bersejarah ini sampailah bertemu jodoh dengan orang Melaka. Bila dah bersuamikan orang Melaka kenalah ikut cita rasanya dan sudah tentu asam pedas salah satu kegemarannya.

Orang kata nak pikat hati suami kena pandai ‘ikat’ perutnya. Jadi, kenalah belajar cara masak asam pedas Melaka simple dan sedap ni. Kalau setakat tengok cara masak memang nampak mudah. Sebab bahan-bahan yang digunakan tidak banyak dan mudah didapati.

Namun, bila dah cuba masak baru tahu cabaran sebenar. Melalui pengalaman kuah cair, terlalu pedas, tak cukup masam adalah perkaran biasa. Sebenarnya rahsia asam pedas Melaka simple dan sedap apabila campuran pedas, masam, manis dan masinnya benar-benar seimbang. Barulah selera encik suami nak makan masakan isteri.

Kalau di Melaka boleh jumpa 3 jenis Asam Pedas iaitu ikan, daging tetel dan ayam.

Asam pedas merupakan salah satu tarikan pelancong untuk datang ke Melaka. Boleh dikatakan setiap hujung minggu Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dari Nilai hingga ke Ayer Keroh pasti akan sesak kerana mahu berkunjung ke negeri yang terkenal dengan Hang Tuah ini dek kerana Asam Pedas Melaka Simple dan sedap ini.

Kebanyakan pelancong datang semata-mata untuk menikmati hidangan istimewa air tangan orang Melaka terutamanya asam pedas ‘original’. Memang cara masakan ‘orang lama’ dari Melaka ini lain daripada yang lain. Kalau kita lajak sikit ke selatan, Johor juga terkenal dengan asam pedas tapi rasanya agak berbeza dengan Melaka ‘Ori’.

Langkah untuk masak ketiga-tiga jenis masakan ini secara asasnya sama tapi ada beberapa bahan berlainan digunakan untuk ketiga-tiga jenis masakan tersebut.

Menyediakan asam pedas Melaka simple ialah ikan kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Berbeza pula kalau nak masak asam pedas daging tetel pula kena letak beberapa jenis rempah ratus dan menggunakan banyak serai.

Belajar masak asam pedas Melaka simple ni dari mak mentua dan olah ikut cara sendiri. Lain orang lain caranya kan. Resipi kali ini guna ikan tenggiri. Antara ikan lain yang popular serta selalu jadi pilihan untuk masak asam pedas ini ialah Ikan Sembilang, Ikan jenahak, Ikan Pari dan Ikan Kembung.

Pernah juga tengok orang masak asam pedas letak ayam. Not bad juga rasanya tau. Mungkin boleh share resipi asam pedas ayam ini suatu hari nanti.

Bahan-bahan untuk masak Asam Pedas Melaka Simple.
Bahan-bahan untuk masak Asam Pedas Melaka.

Resipi Ikan Tenggiri Masak Taucu

Resipi Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri

Bahan-bahan;

5 biji bawang merah, kisar
1 biji bawang besar, kisar
2 ulas bawanng putih, kisar
2 inci kunyit hidup, kisar
2 senduk cili kisar, ikut kepedasan masing-masing
Belacan sebesar ibu jari
2 keping asam keping/asam jawa
1 kuntum bunga kantan
1 biji tomato
4 helai daun limau purut
Garam

Cara Masak Asam Pedas Melaka Simple;

1. Tuang sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis belacan.

2. Curah bahan kisar, tumis hingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.

4. Bila cili dah naik minyak, masukkan garam.

5. Taruh asam keping.

6. Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang diingini, jangan terlalu cair.

7. Bunga kantan dibelah dua kemudian masukkan ke dalam periuk.

8. Bawang yang telah dipotong 4 tadi masukkan ke dalam periuk dan biarkan menggelegak.

9. Bila dah menggelegak masukkan ikan dan biarkan seketika.

10. Kemudian masukkan sayur bendi.

11. Masukkan daun limau.

12. Akhir sekali masukkan buah tomato dan rasa kuah. Kalau kurang masin boleh tambah garam.

Tips Masak Asam Pedas Sedap

  • Petua daripada mak mentua kalau masak asam pedas Melaka simple ini letak bawang yang dipotong 4. Letak bawang yang tak ditumis ini untuk menaikkan rasa manis asam pedas yang dimasak.
  • Buang urat tengah daun limau untuk elak rasa pahit.
  • Kalau masak asam pedas ikan sembilang biasanya orang Melaka akan letak halba sebagai bahan atau rempah ratus tambahan.

BACA: Resipi Kuetiau Teng

Pinterest
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

10 Resipi Cucur Mudah & Sedap Pikat Hati Suami
Resipi Cucur | Sebenarnya nak buat cucur ini sangat mudah …

10 Resipi Cucur Mudah & Sedap Pikat Hati Suami

Kuah Kacang Mudah & Sedap, Wajib Ada Bila Raya
Sebenarnya kuah kacang mudah sahaja cara penyediaannya. Tak susah sangat …

Kuah Kacang Mudah & Sedap, Wajib Ada Bila Raya

About The Author

duniamyzan

2 Comments

  1. Azni

    Mesti mantoppo ni… iman hantu asam pedas .. tp dia ckp aku buat tak sama level nenek hhaha hampeh

    July 11, 2021
  2. Netty

    Sedap ni kak..

    July 13, 2021

Leave a Reply Cancel Reply

Welcome to MyzanJourney

Recent Posts

  • Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
  • 5 Khasiat Cendawan Susu Harimau Baik Untuk Paru-Paru
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023

Recent Comments

  • ZAIDALIFAH HUSSIN on Kedai Buku Tercantik Di Malaysia, 3 Toko Ini Instagrammable
  • wawa azwa on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Nona Sani on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan
  • Tini Alif on Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
  • Fuzy Rahamah Hamid on Buah Tangan Melawat Orang Meninggal Dunia Ini 4 Cadangan Boleh Difikirkan

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • July 2021
  • June 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021

Categories

  • Diari Dapur
  • Diari Mama
  • Diari Rohani
  • Diari Santai
  • Diari Sihat
  • Diari Wartawan




Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug    

Contact: myzanjourney22@gmail.com




Popular Posts

  • Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – Hybrid Sunscreen, Inovasi Terkini Dalam Perlindungan Kulit Wajah 2023
    Sunscreen Terbaik Yang Anda Perlu Tahu – …
    September 5, 2023 8
  • Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral Mudah Tapi Sedap
    Cara Buat Resepi Telur Dadar RM13 Viral …
    August 31, 2023 2
  • Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini Bantu Atasinya
    Rabun Warna Boleh Dirawat, 3 Cara Ini …
    September 6, 2023 0
  • 6 Cara Memilih Beras Yang Baik & Berkualiti
    6 Cara Memilih Beras Yang Baik & …
    September 4, 2023 0
  • Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear for Women
    Popilush Shaper Dress Advantages of Inner Shapewear …
    September 17, 2023 0

MyzanJourney

Mahu berubah jadi lebih baik
Copyright © 2023 MyzanJourney

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh