Masalah singki tersumbat di dapur sememangnya meruntun jiwa. Lebih-lebih lagi bila tengah memasak untuk saudara mara nak datang berkunjung. Dahlah nak masak cepat lepas tu singki buat hal pula. Memang rasa nak pecahkan jer saluran singki yang tersumbat itu.
Singki tersumbat di dapur ini kebiasaanya terjadi apabila saluran air tersekat oleh sisa makanan, kotoran, minyak terpakai atau benda lain yang tak sepatutnya dibuang ke dalam saluran tersebut.
Sudahlah sinki tersumbat, masalah bau kurang enak daripada masalah ini ditambah dapur yang berkecah mengundang stres.
Punca Singki Tersumbat
Benda-benda yang dilarang sama sekali dibuang ke dalam sinki adalah seperti berikut:
- Minyak masak (kebiasaannya yang telah digunakan)
- Sisa makanan
- Lemak makanan (seperti lemak ayam atau daging)
- Kertas
Baca juga; Cara Memilih Beras Yang Baik Dan Berkualiti
Cara Mencegah Singki Tersumbat
Selain dari menjaga kebersihan dan kesihatan, kita sebagai ibu atau penjaga perlu mendidik anak-anak agar tahu menguruskan sisa makanan ketika di dapur.
Terangkan kepada anak-anak akibat atau musibah yang terjadi jika pengurusan sisa makanan di dapur tidak diambil peduli.
Penekanan supaya pencegahan sebelum terkena perlu dititik beratkan. Oleh itu, kita perlulah menjadi role model dalam pengurusan sisa makanan kepada anak-anak.
4 cara mencegah singki tersumbat yang boleh diamalkan adalah;
Guna Sabun Serbuk Dan Air Panas
Sebulan sekali cuba amalkan petua ini agar saluran singki sentiasa bersih dan tidak mudah tersumbat. Ambil satu cawan sabun serbuk dan letak ke dalam lubang penapis sinki.
Kemudian tuang air panas dan biarkan seketika. Petua ini dapat membantu menghakis kotoran yang berada di saluran air singki.
Guna Tapis Sisa Makanan
Sebaik-baiknya sediakan sebuah penapis untuk menapis sisa makanan ketika membasuh pinggan mangkuk selepas makan atau membasuh periuk selepas memasak. Sisa makanan ini kalau terkumpul dalam saluran singki akan membuat singki tersumbat teruk.
Boleh guna apa sahaja jenis penapis asalkan boleh menghalang sisa makanan masuk ke dalam saluran singki.
Jangan Buang Minyak Terpakai
Minyak juga punca utama mengapa singki boleh tersumbat. Oleh itu, tanamkan tabiat tidak menuang minyak ke dalam singki selepas digunakan. Tapis minyak ke dalam bekas lain kemudian baharu basuh bersih periuk atau kuali yang digunakan.
Minyak masak terpakai juga boleh dijual dan mendapat pulangan yang lumayan. Kebiasaannya 1kilogram minyak masak terpakai dibeli dengan harga dalam lingkungan RM2. Minyak masak terpakai ini digunakan untuk membuat bio-diesel.
Tak Perlu Masak Makan Kedai Jer
Ini satu cadangan yang paling bernas. Tak perlu susah-susah nak masak atau makan di rumah. Beli dan makan dekat kedai sahaja. Confirm sinki dapur rumah terpelihara cantik, calar pun tak ada.
Cuba Buat Resepi Telur Dadar RM13 Yang Viral tu
Cara Mengatasi Singki Tersumbat
Ada beberapa cadangan DIY yang boleh dilakukan untuk membersihkan singki tersumbat di dapur atau tandas rumah.
Guna Dawai / Drain Snake
Boleh menggunakan dawai dan bentuk dawai tersebut seperti bentuk S atau Z. Masuk dawai ke dalam saluran singki untuk melancarkan air yang tersumbat disebabkan oleh sisa makanan atau lemak makanan. Buat gerakan naik dan turun sehingga air dapat lalu dengan sempurna.
Garam Dan Air Panas
Kombinasi garam dan air panas merupakan salah satu alternatif yang boleh membantu membersihkan singki tersumbat. Campur satu cawan garam dengan 3 liter air panas. Tuang ke dalam saluran singki dan biarkan beberapa jam dan bilas.
Soda Bikarbonat
Pengunaan soda bikarbonat ini juga efektif untuk membantu menyingkirkan kotoran pada saluran singki. Campur ½ cawan soda bikarbonat dengan ¼ cawan cuka. Kacau sebati dan tuang ke dalam saluran singki dan biarkan beberapa jam kemudian bilas dengan air bersih.
Pelocok
Ini adalah cara yang berkesan juga untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di saluran bawah singki. Cuma cara ini menggunakan kudrat untuk menekan beberapa kali pelocok sehingga saluran air boleh lalu dengan baik. Lagi banyak sisa makanan lagi banyak kali kena menekan pelocok tersebut.
Baca juga; Senarai Cawangan JNT Johor
Alat Pembersih
Alat pembersih singki tersumbat khusus ini boleh membantu membersihkan singki dengan baik. Ia merupakan sebuah pisau yang dilengkapi dengan gelungan atau lingkaran yang digunakan untuk membersihkan singki.
Sabun Khas
Terdapat sabun khas untuk membersihkan laluan air di singki yang dijual di kedai perkakasan rumah (hardware store). Ada juga yang mencadangkan penggunaan asid. Tetapi penggunaan asid ini tidak berapa sesuai dengan kesihatan tubuh kita.
Jika semua usaha telah kita lakukan untuk membersihkan saluran tersumbat tidak berjaya maka terpaksa memanggil tukang paip yang berkemahiran.
Cuma sediakan duit yang mencukupi kerana upah membersihkan singki ini agak mahal.
Baca juga; Kuali Non Stick Bahaya & Cara Pasang Kepala Gas
Netty Ah Hiyer
Memang stress kak kalau sinki tersumbat tu. Hari tu en Yem ada beli satu serbuk apa ntah dia leraikan benda-benda tersumbat ni.
Myzan
Setiap bulan ikut tip sabun serbuk dan air panas tu, insyaallah singki akan selalu bersih dan tak tersumbat.