Cara Elak Tertinggal Anak Dalam Kereta | Sejak akhir-akhir ini makin kerap kita dengar berita tentang ‘kehilangan’ anak yang tertinggal selama berjam-jam dalam kereta. Kita yang mendengar berita pun hati jadi tak keruan bagaimana pula hati ibu bapa kanak-kanak tersebut. Sudah tentu hancur luluh hati mereka. Tak sanggup nak bayangkan bagaimana tangisan kanak-kanak menahan panas dalam kereta, aduhai! Semoga kisah-kisah yang kita dengar ini menjadi pedoman agar tidak melakukan perkara yang sama. Ada beberapa aplikasi yang boleh di muat turun dalam telefon bimbit untuk mengingatkan kita tentang kehadiran anak bersama-sama dalam kereta yang dipandu.
Aplikasi Pengingat Berguna Untuk Ibu Dan Bapa
Sebagai pasangan yang mempunyai anak kecil dan terpaksa menghantar anak di bawah seliaan taska atau pengasuh wajib pesan kepada pasangan masing-masing apabila menghantar anak. Hantar pesanan ringkas di telefon bimbit pasangan tentang penghantaran anak ke taska. Ini sekurang-kurangnya menjadi pengingat atau reminder kepada pasangan dan salah satu cara elak tertinggal anak dalam kereta.
Selain itu, boleh memuat turun aplikasi ini sebagai self-reminder. Ibu dan bapa atau penjaga boleh menggunakan kaedah ini untuk memberi peringatan mengenai anak di dalam kereta.

Aplikasi ChildMinder SoftClip
Salah satu cara elak tertinggal anak dalam kereta adalah dengan mengunakan aplikasi ChildMinder SoftClip. Aplikasi ini adalah sebuah aplikasi yang dapat menghantar notifikasi kepada ibu bapa sekiranya mereka meninggalkan anak di dalam kereta. Aplikasi ChildMinder SoftClip ini juga dapat menghubungkan ibu bapa dengan pihak berkuasa atau organisasi bantuan jika terjadi keadaan darurat. Aplikasi ini dapat membantu ibu bapa untuk mengelakkan tragedi yang sering terjadi akibat kelalaian atau kelupaan meninggalkan anak dalam kereta dan salah satu cara elak tertinggal anak dalam kereta. Namun, khabarnya aplikasi ini hanya tersedia di Amerika Syarikat. Tidak dapat nak dipastikan tentang perkara ini.
Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
Aplikasi Kars 4 Kids Safety
Salah satu cara elak tertinggal anak dalam kereta adalah dengan mengunakan aplikasi Kars 4 Kids Safety. Aplikasi ini dapat membantu ibu bapa untuk mengingatkan mereka tentang anak yang berada di dalam kereta. Aplikasi Kars 4 Kids Safety dapat mengirimkan suara, getaran, atau lampu kepada ibu bapa jika meninggalkan kereta tanpa membawa anak mereka bersama. Aplikasi ini juga dapat mengaktifkan alarm di dalam kereta jika suhu di dalamnya terlalu panas atau dingin untuk anak. Aplikasi ini dapat membantu ibu bapa untuk mencegah perkara yang tidak diingini atau cedera anak akibat panas atau sejuk. Aplikasi Kars4Kids Safety merupakan cara elak tertinggal anak dalam kereta dan boleh dimuat turun dari Google Play. Namun, mungkin tidak compatible dengan telefon bimbit di Malaysia.
Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
Baca juga; Idea Nama Anak Lelaki
Aplikasi yang dapat berfungsi di Malaysia dan serupa dengan ChildMinder dan Kars4Kids Safety. Aplikasi-aplikasi ini adalah:
Waze
Aplikasi Waze adalah sebuah aplikasi navigasi yang paling kerap digunakan oleh pemandu di Malaysia sebagai penunjuk arah. Aplikasi ini mempunyai ciri “Child Reminder” yang dapat mengingatkan ibu bapa untuk memeriksa anak di dalam kereta setiap kali sampai ke destinasi yang dituju.
Cara Mengaktifkan Waze Child Reminder
- Buka aplikasi Waze di telefon bimbit Anda. Klik garis tiga sebelah kiri atas seperti yang dibulatkan dengan warna merah.
- Ini akan membawa ibu dan bapa ke menu Settings. Klik menu Settings tersebut.
- Klik pada Reminders dan ini akan membawa ibu dan bapa ke halaman Child reminder.
- Tolak ke kanan tombol di sebelah Child reminder untuk mengaktifkannya. Ibu dan bapa juga boleh membuat pesan khusus jika diinginkan. Pesan ini akan muncul sebagai peringatan ketika ibu dan bapa tiba di destinasi yang dituju.
- Selesai. Sekarang ibu dan bapa sudah mengaktifkan ciri Child Reminder di Waze. Ciri di Waze Child Reminder ini akan membantu ibu bapa untuk tidak lupa tentang anak yang berada di dalam kereta.

Baby Reminder
Ini adalah sebuah aplikasi khusus yang dirancang untuk mengingatkan ibu bapa tentang anak di dalam kereta. Aplikasi ini dapat mengirimkan notifikasi, suara, atau getaran kepada ibu bapa sekiranya meninggalkan kereta tanpa membawa anak keluar bersama. Aplikasi ini juga dapat menghubungkan ibu bapa dengan nombor kecemasan jika tidak merespon notifikasi tersebut. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play.
Baby Car Alarm
Ini adalah sebuah aplikasi lain yang dapat membantu ibu bapa untuk mengingatkan mereka tentang anak di dalam kereta. Aplikasi ini dapat mengaktifkan alarm di dalam kereta sekiranya ibu bapa meninggalkan kereta tanpa membawa anak bersama. Aplikasi ini juga dapat mengirimkan SMS kepada orang yang ibu bapa pilih jika tidak mematikan alarm tersebut. Aplikasi ini tersedia di Google Play.
Ini adalah beberapa aplikasi yang dapat ibu bapa gunakan untuk mengelakkan kejadian terlupa anak di dalam kereta. Namun, lebih baik sekiranya ibu bapa menjadikan tabiat untuk memeriksa anak sebelum meninggalkan kereta. Jangan bergantung sepenuhnya pada aplikasi-aplikasi ini sebagai pengganti tanggungjawab sebagai ibu bapa.

5 Cara Elak Tertinggal Anak Dalam Kereta
Car Seat
Jangan letak kerusi (car seat) anak di belakang kerusi pemandu kerana ini adalah titik buta (blind spot). Begitu juga dengan tempat duduk sebelah pemandu untuk mengelakkan pelepasan air bag yang tidak sengaja. Tempat duduk hadapan juga terdedah dengan panas matahari. Sebaik-baiknya letak car seat anak di bahagian tengah kerusi belakang atau di belakang tempat duduk kerusi hadapan sebelah pemandu. Tempat ini paling sesuai kerana pemandu boleh memandang belakang untuk melihat kedudukan anak.
Letak Barang
Meletakkan barang-barang penting ini boleh membantu ibu bapa untuk mengingat tentang anak yang ada bersama-sama dalam kereta. Letakkan barang atau dokumen penting yang ibu bapa sentiasa bawa ke pejabat bersama-sama anak di belakang. Barang-barang ini akan membuatkan ibu bapa tidak akan lupa tentang kehadiran anak bersama. Ibu bapa juga boleh meletakkan barangan penting anak seperti beg susu di kerusi hadapan sebagai tanda anak berada di kerusi belakang.
Label
Letakkan label pada pemegang pada pintu sebelah luar sebagai simbol anak ada di dalam kereta.
Tabiat
Amalkan tabiat sentiasa periksa ruang dalam kereta sebelum mengunci kereta.
Pesanan
Pesan kepada taska atau pengasuh untuk menghubungi ibu bapa secepat mungkin jika tidak menghantar anak-anak tanpa memberitahu terlebih dahulu.
Baca juga; Cara Jaga Kucing Betina Selepas Dimandulkan

Denda Meninggalkan Anak Dalam Kereta
Kecuaian individu meninggalkan anak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Jika sabit kesalahan akan dikenakan denda;
- Denda tidak lebih RM50,000,
- Atau penjara sehingga 20 tahun,
- Atau kedua-duanya sekali.
Baca juga; Melatih Anak Sifat Kepimpinan, Skim Perubatan MADANI Daftar
Axia
Info ni mmg penting. Boleh cuba aplikasi yang dicadangkan..thanks share 🙂