Benarkah manusia bakal hilang pekerjaan dan sedikit demi sedikit kerana akan diambilalih oleh kecerdasan buatan (AI). Sekiranya ia benar, apakah tindakan yang dilakukan oleh kita sebagai tenaga kerja yang masih mencari rezeki ini. Adakah akan berlaku lambakan tenaga kerja yang tidak terkawal suatu ketika nanti. Bila tengok rancangan dokumentari tentang AI ni memang menakutkan tetapi kita sendiri yang secara sedar atau tidak menggunakan AI dalam kehidupan seharian. Daripada bantuan suara pintar yang memudahkan tugas harian kita hingga sistem navigasi yang membimbing kita melalui jalan-jalan yang paling sibuk, AI telah meresap ke dalam setiap aspek kehidupan kita. Tetapi, apakah sebenarnya AI itu, dan bagaimana ia telah mengubah landskap masyarakat kita?
Apakah Itu Kecerdasan Buatan
Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI), adalah simulasi kecerdasan manusia yang dimodelkan dalam mesin dan diprogram agar dapat berpikir seperti manusia. AI melibatkan pembelajaran mesin, di mana sistem dapat belajar dari pengalaman, mengenal corak, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah dalam cara yang mirip dengan manusia.

AI digunakan dalam pelbagai bidang seperti pengolahan bahasa semula jadi, robotik, analisis data besar, dan banyak lagi. Ia mempunyai kemampuan untuk melakukan tugas-tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia, seperti mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, atau menterjemah bahasa.
Dalam konteks teknologi moden, AI telah banyak diterapkan dalam perangkat komputer dan aplikasi untuk memudahkan kehidupan sehari-hari, seperti asisten virtual Google dan Siri. AI juga terus berkembang dan diprediksi akan menjadi lebih cerdas lagi di masa depan.
Poin penting dalam AI adalah pembelajaran (learning), penalaran (reasoning), dan koreksi diri (self-correction). AI perlu belajar untuk memperkaya pengetahuannya dan mampu melakukan self-correction atau mengoreksi diri sendiri dari kesalahan yang pernah dibuatnya. Ini membolehkan AI untuk terus berkembang dan meningkatkan kecerdasannya seiring dengan penggunaannya.
MJ pernah melihat dokumentari bagaimana pangkalan data AI ini dikumpul. Data-data ini dikumpul dan diterjemahkan melalui nombor-nombor atau angka menjadi jaringan saraf tiruan. AI tidak boleh membaca ayat tetapi nombor. Apabila seseorang menggunakan khidmat AI ini di internet, sepantas kilat AI ini menterjemahkannya dengan data yang terkumpul padanya.

Baca juga; surah al kahfi 1-10
Senarai Platform Dan Perkhidmatan AI
Terdapat beberapa platform dan perkhidmatan AI yang lain yang menawarkan fungsi yang serupa. Berikut adalah beberapa pesaing utama yang boleh dicuba.
ChatGPT
ChatGPT begitu sinonim dengan perkhidmatan AI. Ramai pengguna menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna kena pandai prompt untuk mengdapatkan jawapan yang memuaskan hati. Paling mudah menggunakan Bahasa Inggeris. Jika menggunakan Bahasa Melayu ia lebih mesra kepada pengguna yang berbahasa Indonesia.
Pesaing ChatGPT termasuk beberapa platform dan perkhidmatan AI yang lain yang menawarkan fungsi yang serupa. Berikut adalah beberapa pesaing utama ChatGPT:
Google Bard
Dikuasakan oleh LaMDA (Language Model for Dialogue Applications), Bard boleh memberikan maklumat masa nyata dari web dan menganalisis gambar yang anda hantar.
Bing dengan ChatGPT
Bing Chat menggabungkan model Generative Pre-trained Transformer (GPT) dengan enjin carian Bing, membolehkan ia mencari maklumat dari internet untuk menjawab soalan pengguna.
YouChat
Satu lagi alternatif yang menawarkan perbualan interaktif dan kemampuan untuk menjawab soalan pengguna.
Auto-GPT
Alternatif yang difokuskan pada tugas dan kod.
StableLM
Sebuah model bahasa yang stabil.
CatGPT
Sebuah versi chatbot yang berbeza.
Poe
Platform yang menggabungkan beberapa chatbot dalam satu lokasi.

Impak AI Dalam Kehidupan Harian
Boleh dikatakan sedikit demi sedikit ‘kuasa’ AI telah mempengaruhi kehidupa seharian kita. Terdapat juga beberapa kes impak AI yang telah mengubah industri tertentu, seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, atau pengangkutan. Bayangkan jika sekarang seorang doktor yang melakukan pembedahan terhadap pesakit namun tidak mustahil suatu masa nanti sistem robotik yang melakukan pembedahan kepada pesakit.
Begitu juga pendidikan. Ramai siswa kini yang menggunakan perkhidmatan AI untuk menyiapkan kertas kerja mereka. Penulisan yang begitu menakjubkan dan info yang tepat dengan pengolahan bahasa semula jadi. Adakah kewujudan pensyarah akan turut mendapat impak kepada situasi sebegini.

Kesimpulan
Diharapkan orang ramai tidak terlalu bergantung kepada perkhidmatan kecerdasan buatan ini. Bimbang sekiranya akibat terlalu bergantung kepada sistem robotik atau AI kehidupan manusia akan berubah menjadi tidak sihat.
Baca juga; cara semak duit dalam ic, cara block whatsapp tanpa diketahui, apa perlu buat jika kena tipu scammer