Restoran Smoked Kingdom by Don Daniyal yang terkenal dengan menu barbeku halal dan mempunyai cita rasa yang unik telah menyambut ulang tahun yang ketiga baru-baru ini. Tanggal 16 September 2023, restoran yang dimiliki oleh Pendakwah Selebriti Ustaz Don daniyal Don Biyajid telah meraikan pelanggan setianya bersempena dengan ulang tahun ketiganya itu. Semasa hadir ke majlis tersebut terdapat pelbagai acara menarik untuk pelanggannya, termasuk persembahan live muzik, dan cabutan bertuah. Ustaz Don juga turut melancarkan menu baru yang pasti mengamit pelanggan untuk menikmati ayam bakar dengan empat perisa yang istimewa.
Majlis yang bertempat di Smoked Kingdom Vista Asia Shah Alam itu sememangnya sangat strategik dan atmosfera di Restoran Smoked Kingdom juga sangat mesra dan santai, menjadikannya tempat yang sesuai untuk keluarga, kawan-kawan, dan juga perjumpaan perniagaan. Mereka menyediakan ruang dalam dan luaran untuk pelanggan supaya dapat menikmati hidangan mereka dalam suasana yang selesa.
Bagi pencinta daging wagyu wajib cuba hidangan istimewa dari restoran Smoked Kingdom by Don Daniyal ini iaitu Youyu Japanese Steaks, daging lembut yang cair dalam mulut. Restoran Smoked Kingdom by Don Daniyal juga bersedia untuk pakej sambutan istimewa seperti sambutan hari jadi serendah RM80 demi membahagiakan insan yang tersayang.
Baca juga: Cara Memilih Beras Yang Baik
Sewaktu berucap, Ustaz Don sempat mengimbau kisah suka duka sewaktu mula-mula mahu memulakan perniagaan. Namun, siapa sangka era pandemik yang sepatutnya menjadi halangan besar ketika mula-mula membuka restoran sebaliknya telah bercambah menjadi 3 restoran dalam masa tiga tahun. Ustaz Don telah menzahirkan rasa syukurnya atas rezeki perniagaan makanannya ini.
Baca juga: Jenis Cili Padi Yang Popular Di Malaysia
Hari Malaysia
Bersempena dengan sambutan hari Malaysia yang jatuh pada hari yang sama Ustaz Don turut mengimbau detik bersejarah penubuhan Malaysia yang jatuh pada 16 September itu. Sekali-sekala dengar sejarah memnag seronok. Lebih membangkit semangat nasionalisme apabila semua tetamu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat. Tak sangka tahun ini sambut Hari Malaysia bersama Pendakwah Selebriti ini.
Baca juga; Kafe Markisa, Melaka
Menu Baru
Kepak Ayam Ranggi atau Manis adalah salah satu pilihan baru di menu Smoked Kingdom. Empat rasa ayam yang dibakar—Oppa Spices, Fiery Perry, Hunny Lemon, dan Cheezy Sensation—ditawarkan dalam menu ini. Satu set menu ini berharga RM17.90. Nikmatilah menu ini bersama teman-teman atau keluarga.
Senarai Restoran Smoked Kingdom by Don Daniyal
- 118, Skydining, Wangsa Maju
- Ayer 8, Putrajaya
- Vista Alam, Shah Alam
Baca juga; Buffet Ramadan Smoked Kingdom