Cara Memilih Beras Yang Baik | Beras naik harga lagi. Nak tak nak kena beli juga beras untuk makanan harian. Namun, kita perlu berjimat cermat dan menjadi pengguna yang bijak agar tidak berlaku pembaziran. Bila harga beras dah mahal kemudian nampak ada jualan murah terus grab berpaket-paket beras. Sebelum membeli kena fikir dulu keperluan keluarga kita dan storage beras tersebut. Memilih beras yang baik dan berkualiti sangat penting agar berbaloi dengan wang ringgit yang telah kita keluarkan. Tak kisah lah makan apa jenis beras sekalipun tetapi yang penting kita yang beli beras tu kan.
Cara Memilih Beras Yang Baik
Sebagai pengguna yang bijak kita kena teliti dengan setiap pembelian dan perlu tahu cara memilih beras yang baik dan berkualiti. Ada beberapa cara yang boleh kita ikut;
Warna Dan Tekstur Beras
Ketika membeli beras cuba perhatikan warna dan teksturnya. Beras yang baik biasanya berwarna jernih dengan sedikit kekuningan, dan biji-bijian beras tegap dan tidak mudah pecah. Elakkan beras yang sangat putih kerana mungkin mengandungi bahan pemutih atau peluntur. Elakkan juga beras yang mudah patah kerana ini menunjukkan kualiti yang buruk.
Bentuk Beras
Perhatikan rupa bentuk keseluruhan beras. Beras yang baik tidak mempunyai biji-bijian serupa dengan tepung kerana bentuk sebegitu menunjukkan jangka hayat yang panjang. Perhatikan juga ukuran dan bentuk beras, sama ada seragam atau tidak. Beras seragam menunjukkan kualiti yang lebih baik daripada beras tidak seragam.
Bebas Kutu
Pastikan dalam plastik tak ada kutu dan tidak berbau. Kehadiran kutu menunjukkan bahawa beras telah disimpan untuk tempoh yang sangat lama. Kutu juga telah mengurangkan kualiti dan nutrisi beras tersebut. Bau hapak juga menunjukkan perkara yang sama dan boleh mengganggu rasa nasi. Elakkan juga nasi yang terlalu wangi kerana mungkin diberi wangian tambahan.
Aroma Beras
Hidu bau beras tersebut. Beras semula jadi yang berkualiti mempunyai aroma khas beras dengan sedikit campuran aroma wangi daun pandan. Aroma ini akan lebih ketara setelah nasi dimasak. Sekiranya nasi tidak mempunyai aroma atau mempunyai bau asing seperti plastik atau kimia maka elakkan membelinya.
Harga Promosi
Berhati-hati dengan promosi harga beras yang terlalu murah. Harga beras yang sangat murah mungkin menarik perhatian semua orang tetapi kita kena teliti betul-betul. Beras ini mungkin sudah dicampur dengan bahan berbahaya atau memiliki kualiti yang sangat buruk. Sebaiknya pilih beras dengan harga yang tidak melampau murahnya.
Kedai Pilihan
Pastikan korang membeli di kedai yang sudah biasa atau dipercayai. Kedai yang dipercayai biasanya menjaga kualiti dan kebersihan beras yang mereka jual. Mereka juga memberikan maklumat lengkap mengenai asal, jenis, dan tarikh luput beras. Korang juga boleh meminta untuk mencuba atau merasai nasi daripada beras yang mahu dibeli.
Jenis Beras Di Pasaran Malaysia
Jenis-jenis beras yang biasanya terdapat di pasaran Malaysia adalah:
Beras Putih Tempatan
Beras ini dihasilkan daripada pelbagai tanaman padi di Malaysia. Beras putih tempatan mempunyai tekstur sederhana panjang dan berwarna putih. Jenis ini lebih lembut tetapi padat selepas dimasak tanpa sebarang bau. Mengandungi mineral dan vitamin seperti zat besi, fosforus dan asid folik. Beras ini juga mempunyai sumber kalori yang tinggi.
Senarai Jenama Beras Tempatan
Beras Putih Import
Beras ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti beras tempatan. Beras import yang popular di Malaysia datang dari Thailand dan Vietnam. Mengandungi mineral dan vitamin seperti zat besi, fosforus dan asid folik. Beras ini juga mempunyai sumber kalori yang tinggi.
Beras Perang
Beras ini adalah bijirin penuh yang dihasilkan dengan membuang hanya kulit luar padi ataupun sekam. Beras ini mempunyai lapisan bran dan germ yang tidak terdapat pada beras putih. Bran sangat tinggi dengan serat manakala germ sangat tinggi dengan nutrisi seperti vitamin B dan zat besi. Apabila dimasak, beras ini akan kelihatan lebih ringan, gebu dan tidak melekat antara satu sama lain. Beras perang amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet sihat.
Beras Wangi
Beras ini berasal dari Thailand dan mempunyai bau harum semula jadi. Beras ini berwarna putih lutsinar, panjang dan berkilat. Apabila dimasak ia bertekstur lembut, lembap dan berjuntai antara satu sama lain. Beras ini sedap dan mempunyai aroma daun pandan. Kandungan nutrisinya sama seperti beras putih yang lain.
Beras Basmathi
Beras ini mempunyai saiz yang panjang dan halus serta mempunyai aroma wangi. Berasal dari India dan Pakistan. Beras ini berwarna putih atau kekuningan, panjang dan nipis. Apabila dimasak, beras ini akan menjadi lebih panjang, kering dan tidak melekat antara satu sama lain. Sesuai untuk masakan seperti briyani, nasi minyak dan nasi arab. Beras ini juga mengandungi tinggi protein.
Ketahui Cara Masak Beras Basmathi
Beras Ponni
Beras ini mempunyai saiz sederhana panjang dan bertekstur yang lembut. Berasal dari India Selatan. Beras ini berwarna putih atau kekuningan, sederhana panjang dan gemuk. Apabila dimasak, beras ini akan menjadi lebih lembut, lembap dan melekat antara satu sama lain tetapi tidak terlalu kanji. Beras ini sesuai untuk masakan India Selatan seperti dosa, idli dan ponggal. Kandungan nutrisinya sama seperti beras putih yang lain tetapi lebih tinggi dengan karbohidrat.
Beras Pulut
Beras ini mempunyai saiz pendek dan mengandungi kanji yang tinggi. Berasal dari Asia Tenggara. Beras ini berwarna putih atau hitam, pendek dan bulat. Apabila dimasak, beras ini akan menjadi sangat lekit, kenyal dan berkilat. Beras ini sesuai untuk masakan tradisional seperti kuih-muih, bubur, lemang dan ketupat. Kandungan nutrisinya sama seperti beras putih yang lain tetapi lebih tinggi dengan kanji.
Cara Buat Pulut Inti Kelapa Mudah
Beras Merah
Nasi ini adalah beras bersaiz sederhana dengan lapisan dedak merah yang berasal dari Asia. Beras ini berwarna merah, sederhana panjang dan lemak. Apabila dimasak, nasi akan menjadi lebih keras, kering dan tidak melekat antara satu sama lain. Nasi ini sangat sesuai untuk hidangan sihat seperti salad, sup dan nasi goreng. Kandungan pemakanannya lebih tinggi daripada beras putih dengan serat, antioksidan, vitamin B6 dan magnesium.
Makan Nasi Dengan Resepi Telur Dadar RM13
Beras Paling Mahal Di Dunia
Beras jenis Kinmemai Premium didakwa sebagai beras paling mahal di dunia. Beras yang berasal dari Jepun ini telah tercatat di dalam Guinness World Record sebagai beras paling mahal di dunia. Beras ini berharga $109 US Dollar untuk sekilogram.
Baca juga; Resepi Untuk Ibu Dalam Pantang