Buah Tangan Melawat Orang Meninggal | Cepat atau lambat kematian pasti akan hadir. Takut sangat memikirkan tentang persiapan diri yang tak seberapa dan sering melakukan dosa ini. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita semua dan mengurniakan syafaatNya buat sesiapa yang membaca artikel ini. Bila mendapat perkhabaran tentang keluarga atau sahabat terdekat meninggal dunia, pasti kita akan segera berkunjung ke tempat yang dinyatakan. Namun, sering terlupa ‘buah tangan’ yang boleh kita bawa ketika melawat jenazah terutama yang dirumah. ‘Buah tangan’ ini sekurang-kurangnya membantu ahli keluarga si mati di saat mereka sugul kehilangan insan yang tercinta.
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya ujian semata-mata dan kehidupan yang kekal bakal menanti di sana, insyaallah. Minggu lepas MJ menerima khabar duka apabila abang ipar telah dijemput Ilahi pada usia 69 tahun. Memang arwah mempunyai penyakit jantung dan kencing manis tetapi arwah abang ipar disahkan meninggal dunia dalam tidur. Syukur kerana cara pemergian abang ipar dipermudah.
Sejak akhir-akhir ini banyak berita yang kita dengar tentang orang meninggal dunia ketika sedang tidur. Yang muda-muda dan mengamalkan gaya hidup sihat pun ramai juga.
Pokok pangkalnya ‘dah tiba masanya’.
Menziarahi kematian atau melawat jenazah adalah perbuatan yang mulia di sisi Islam. Amalan ini sedikit sebanyak dapat mengubati hati keluarga yang sedang bersedih akibat kehilangan orang insan tersayang.
Dalam melakukan amalan yang dituntut agama terdapat beberapa adab ziarah kematian atau cara melawat orang meninggal dunia terutamanya di rumah yang perlu kita teliti.
Memberi Ucapan Takziah
Adab ziarah kematian yang dituntut adalah mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah. Mungkin mudah untuk mengucapkan kata sabar kepada keluarga si mati tapi sekurang-kurangnya dapat mengubat hati ahli keluarga.
Contoh ucapan takziah;
Innalillahiwainnailaihirojiun….
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
“Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu”
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Aamiin Ya Rabbal Alamin…
Buah Tangan Melawat Orang Meninggal
Buah Tangan Melawat Orang Meninggal | Biasa kalau kita dapat jemputan house warming atau majlis hari jadi pasti tak pernah lupa bawa buah tangan.
Sememangnya membawa buah tangan melawat orang meninggal bukan wajib tetapi sekadar adab menziarahi kematian.
Bawa buah tangan melawat orang meninggal dunia dapat meringankan sedikit kesedihan tuan rumah apabila semua tetamu berada dalam keadaan baik.
Ini adalah cadangan yang boleh difikirkan sebagai buah tangan melawat orang meninggal dunia;
Kain Batik Lepas
Jika tak ada idea nak bawa buah tangan melawat orang meninggal dunia, hadiahkan keluarga jenazah dengan Kain Batik Lepas. Pemberian ini sangat bermanfaat.
Tidak semua keluarga mempunyai kain batik lepas ini dan tak banyak kedai yang menjual Kain Batik Lepas ini. Ini adalah buah tangan melawat orang meninggal dunia yang terbaik dan jarang dilakukan.
Kain Batik Lepas digunakan untuk menutup jenazah sementara menunggu masa untuk urusan mandi jenazah. Ketika proses mandi jenazah juga kain batik lepas ini sangat diperlukan.
Begitu juga usai mandi jenazah kain batik lepas digunakan ketika solat jenazah.
Mungkin mulai sekarang kita boleh beli kain batik lepas dan simpan untuk dihadiahkan jika terdapat kematian saudara mara atau sahabat handai. Boleh juga beli untuk untuk kegunaan keluarga sendiri.
MJ sendiri tak pernah beli Kain Batik Lepas. Tapi mak dan mentua pernah bagi. Cuma tak tahu di mana MJ letak. Nak kena cari dan beli juga.
Air Minuman
Sebaik sahaja kita mendapat khabar tentang kematian dan merancang untuk ziarah terus fikir tentang buah tangan yang nak dibawa.
Buah Tangan Melawat Orang Meninggal | Menyediakan air minuman sama ada air mineral atau air kotak sangat bermanfaat. Ramai di kalangan mereka yang berziarah kadang-kadang datang dengan perut kosong.
Ada yang tak sempat sarapan ataupun makan tengah hari. Apabila kita menyediakan air minuman kepada tetamu boleh memberi sedikit keselesaan kepada mereka.
Bukan minum untuk seronok-seronok tetapi untuk melepas dahaga sahaja.
Makanan Ringkas
Tuan rumah sememangnya tidak peduli pun nak menjamah makanan. Rasa sedih mengatasi rasa lapar. Namun, terdapat juga golongan yang datang ziarah atau tuan rumah terpaksa alas perut untuk makan ubat.
Sebaiknya membawa buah tangan berupa makanan ringkas. Tidak perlu makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, bihun dan sebagainya. Cukup membawa makanan ringkas atau dikenali titbits.
Makanan yang mudah dimakan dan hanya untuk alas perut, bukan untuk kenyang.
Membeli makanan ringkas ini tak perlu banyak, cukup ikut kemampuan sahaja. Tak perlu lah kita nak kira berapa jumlah tetamu yang hadir dan sebagainya. Kita hanya memudah cara bukan nak bagi makan kenduri.
Satu lagi tak perlu beri buah tangan kita kepada tuan rumah. Terus letak di tempat orang ramai berkumpul. Kita bagi tuan rumah pun bukannya mereka akan ingat sebab sedang bersedih.
Surah Yaasin
Membawa buku surah Yaasin juga sangat bermanfaat. Memang tuan rumah ada al-Quran dan juga buku surah Yaasin ini tetapi biasanya kalau dalam keadaan kalut semua benda tak ingat simpan mana.
Biasanya kalau nak guna mesti tak jumpa. Kalau tak nak guna ada jer di depan mata.
Sekurang-kurangnya kita membawa surah Yaasin untuk diri sendiri. Amalan tinggalkan surah Yaasin di dalam kereta memang terbaik.
Bila nak guna ambil saja dalam dashboard kereta kan. Kalau nak sedekahkan kepada tuan rumah lagi baik.
Cadangan buah tangan ini sekiranya berlaku kematian di rumah atau jenazah dibawa pulang ke rumah.
Sekiranya kematian di hospital dan segalanya diuruskan oleh pihak hospital mungkin lain pula yang boleh dibawa.
Adab Pakaian Ziarah Orang Meninggal
Sebenarnya tiada yang salah dan betul memilih pakaian ziarah orang meninggal dunia. Bebas memilih warna hitam atau putih.
Jika nak pakai yang bercorak pun boleh, yang penting adalah menutup aurat dengan sempurna dan mempunyai adab melawat orang meninggal dunia.
Pakaian yang sempurna boleh digunakan untuk solat sunat jenazah. Solat sunat jenazah tidak memerlukan kita untuk rukuk mahupun sujud. Jadi memakai pakaian yang sempurna membolehkan kita solat sunat jenazah.
Ianya merupakan salah satu fardhu kifayah ke atas diri seorang Muslim terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia.
Info
- Tidak batal wuduk si mati walaupun isteri menciumnya.
- Iddah seorang isteri yang kematian suami bermula saat si suami menghembuskan nafas terakhirnya.
- Tempoh iddah kematian suami adalah 4 bulan 10 hari.
Baca juga; Kelebihan Bulan Zulhijjah Di Sisi Islam
sofea
Innalillahiwainnailaihirojiun.. moga roh arwah di tempatkan di kalangan org2 beriman.. aaaminn
Siennylovesdrawing
This is really useful for me as a non Muslims on how to pay my respect with my deep condolences. Now I have learnt it from your sharing, thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing
MrsPip
Sedekah air dan makanan tu bagi saya pilihan yg menarik. Memudahkan tuan rumah yg melalui waktu yg sukar dgn kehilangan org tersayang.
Tq share.
Maria Firdz
Info yang sangat bermanfaat… Sebenarnya jarang lah orang bawa buah tangan bila melawat kematian ni kan… Sebab tak tahu nak bawa apa… Takut tak sesuai… Artikel ni sekurang-kurangnya boleh menyelesaikan persoalan orang lain yang terfikir dan tertanya² bab ni …
Shida Rahmat
Alhamdulillah .. terima kasih kongsi yea
sangat bermanfaat untuk bersiap sedia
yong
alhamdulillah,tq share..betul,kadang kita nak pi tangan kosong tak sesuai juga
nettyahhiyer
Alhamdulillah, terima kasih kak perkongsiannya. Kadangkala tertanya-tanya juga apa nak buat (maksudnya cara terbaik boleh dibuat) bila ziarah orang meninggal.
ziana eunos
Terima kasih berkongsi. Boleh cuba praktis nanti. Biasa bagi makanan n surah yaasin
Fuzy Rahamah Hamid
perkongsian yang baik..terima kasih
Nona Sani
Ya, ini semua penting time melawat rumah keluarga arwah..
wawa azwa
Tq atas perkongsian. Kalau bawak air minuman, sambil ziarah kita juga bersedekah juga. Ringankan beban tuan runah.