Kalau datang ke Perak tak sah kalau tak singgah ke Menara Condong Teluk Intan. Menara condong yang terkenal di Asia ini telah dinobatkan sebagai mercu tanda bandar Teluk Intan dan telah diisytiharkan sebagai bangunan warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada September 2015. Moh! Kome kita melawat tempat menarik di Perak ini sementelah kerajaan negeri Perak kini dalam fasa persediaan bagi menyambut Tahun Melawat Perak 2024 (Visit Perak 2024). Kita patut berbangga kerana hanya terdapat beberapa saja Menara condong yang ada di dunia dan negara kita memiliki salah satunya. Jom kita kenali sejarah dan fungsi menara yang menjadi kebanggaan kita semua.
Menara Condong Teluk Intan
Kompleks Menara Condong Teluk Intan
Bangunan dengan tinggi sebanyak tiga tingkat ini terletak di Teluk Intan, Perak, Malaysia. Kompleks Menara Condong Teluk Intan mempunyai ketinggian 25.5 meter dan kecondongan sekitar 1.8 meter dari sudut 90 darjah. Menara ini dibina pada tahun 1885 dan dulu lebih dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson sempena lokasi di mana menara itu didirikan. Namun, apabila Teluk Anson telah ditukar nama kepada Teluk Intan, menara ini juga telah diubah namanya menjadi Menara Condong Teluk Intan. Menara condong menyerupai Menara Pisa ini direka dan dibina oleh arkitek berketurunan Cina tempatan iaitu Leong Choon Cheong (juga dikenali sebagai Ah Cheong) dan dibantu oleh Penolong Jurutera dari Jabatan Kerja Raya (P.W.D.) Teluk Anson, En. S. Sabapathy.
Menara Condong Teluk Intan Sejarah
Menara ini dibina dengan sempurna dan tegak pada asalnya, namun lama kelamaan mula condong sedikit demi sedikit. Selain faktor saintifik yang menyatakan bahawa keadaan struktur dan paras air dalam tanah yang tinggi, bebanan air yang berada dalam tangki juga telah menyebabkan menara ini condong ke arah barat daya. Menara dengan reka bentuk seperti pagoda ini menempatkan jam loceng yang dibeli dari pembuat jam terkenal dunia iaitu James Wilson Benson dari Ludgate Hill, London.
Fungsi Menara Condong Teluk Intan
Di awal pembinaan menara condong ini berfungsi sebagai tangki simpanan air bagi kawasan bandar. Namun kini bangunan tiga tingkat ini hanya berfungsi sebagai menara jam.
Baca juga; Gambar Kucing Oyen Zoo Negara Yang Viral Tu
Lokasi Menara Condong Teluk Intan
Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Bayaran Masuk Menara Condong Teluk Intan
Bayaran masuk ke Menara Condong Teluk Intan ialah RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Bayaran parking pula ialah RM0.60 untuk setiap jam menggunakan aplikasi Park@Perak. Ruangan parking yang disediakan untuk hanya untuk hari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu pula separuh hari dan hari Ahad adalah percuma. Jadi, rancanglah percutian korang tempat menarik di Teluk Intan ini dan jangan sampai kena saman dengan penguatkuasa majlis daerah pula.
Waktu operasi pula 8.00am – 5.00pm (setiap hari)
Menara Condong Teluk Intan Waktu Malam
Pandangan Menara Condong Teluk Intan waktu malam memang sangat indah kerana dihiasi dengan lampu yang menarik pandangan mata. Kalau ambil gambar atau OOTD pun memang Nampak cantik dengan simbahan lampu neon yang memukau. Kalau tak percaya kena pergi sendiri melawat Menara Condong Teluk Intan di waktu malam.
Baca juga tempat menarik di Ipoh
Menara Condong In English
Menara Condong In English atau dalam Bahasa Inggeris ialah Leaning Tower.
Kenapa Menara Condong Senget
Menara condong adalah bangunan yang tidak tegak lurus dengan tanah, tetapi mempunyai sudut kecondongan tertentu. Menara condong biasanya disebabkan oleh faktor-faktor seperti tanah yang lembut, asas yang tidak kukuh, atau beban yang berat. Menara condong yang paling terkenal di dunia adalah Menara Condong Pisa di Itali.
Menara Condong Luar Negara Yang Terkenal
Terdapat beberapa menara condong yang ada di dunia ini dan senarai di bawah adalah antara yang terkenal.
Menara Condong Pisa
Menara Condong Pisa adalah sebuah menara jam yang terkenal di bandar Pisa, Itali. Ia adalah salah satu mercu tanda yang popular di dunia kerana ia condong ke satu arah akibat tanah yang lembut dan lembap. Menara ini dibina pada abad ke-12 sebagai tangki air dan menara loceng untuk gereja besar di Piazza del Duomo. Menara ini mempunyai 296 anak tangga dan tingginya kira-kira 56 meter. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah dari kedudukan tegak. Korang boleh melawat menara ini dan menikmati pemandangan bandar dari puncaknya, tetapi anda perlu membayar bayaran masuk sebanyak 18 euro.
Sejarah Menara Condong Pisa
Sejarah Menara Condong Pisa bermula pada tahun 1064, apabila orang-orang dari Pisa menyerang bandar Islam Palermo dan menggunakan harta rompakan tersebut untuk membina menara ini. Pembinaan menara ini mengambil masa 199 tahun, yang mula pada tahun 1173 dan siap pada tahun 1372. Ketika sedang dalam pembinaan, menara ini mula condong kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Pembinaan menara ini terhenti beberapa kali kerana peperangan, gempa bumi, dan usaha-usaha untuk menghalang kecondongan menara. Pada tahun 1990, menara ini ditutup untuk menjalani kerja-kerja pemulihan dan dibuka semula pada tahun 2001 dengan kecondongan yang dikurangkan.
Baca juga; Memori Handphone Selalu Penuh? Ketahui Cara Sekat Foto Whatsapp
Menara Elizabeth (Big Ben)
Menara jam yang terletak di London, England, yang mengalami kecondongan secara beransur-ansur sejak tahun 2011. Menara ini mempunyai ketinggian 96 meter dan kecondongan sekitar 0.26 darjah.
Menara Condong Nevyansk
Menara yang terletak di Nevyansk, Rusia, yang dibina antara tahun 1721 dan 1745 oleh Akinfiy Demidov. Menara ini mempunyai ketinggian 57.6 meter dan kecondongan sekitar 2.1 meter dari sudut 90 darjah.
Towers of Bologna
Dua buah menara yang terletak di Bologna, Itali, yang dibina pada abad ke-12 oleh keluarga Asinelli dan Garisenda. Kedua-dua menara ini mempunyai ketinggian yang berbeza-beza, tetapi menara Garisenda lebih condong daripada menara Asinelli. Menara Garisenda mempunyai ketinggian 48 meter dan kecondongan sekitar 4 darjah.
Giant Wild Goose Pagoda
Sebuah pagoda Buddha yang terletak di Xi’an, China, yang dibina pada tahun 652 dan dibina semula pada tahun 704. Pagoda ini mempunyai ketinggian 64 meter dan kecondongan sekitar 4 darjah.
Kalau datang Melaka wajib makan mee bodo Melaka di kedai viral.