Hujung minggu lalu, saya berpeluang meluangkan masa bersama rakan-rakan blogger lain untuk menyertai AEON Hometown Forest Programme yang berlangsung di AEON Mall KL Midtown. Seronok rasanya dapat kembali bermain dengan tanah dan melakukan aktiviti menanam pokok! Sudah lama juga saya tidak berpeluang melakukan aktiviti sebegini, jadi memang teruja apabila mendapat jemputan untuk turut serta dalam program yang cukup bermakna ini.
Untuk pengetahuan anda, AEON Hometown Forest Programme merupakan salah satu inisiatif AEON dalam meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar. Program ini bukan sahaja menggalakkan penghijauan kawasan bandar, malah turut memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyumbang kepada persekitaran yang lebih hijau dan lestari.
Apa yang lebih menarik, program penanaman pokok ini menghimpunkan rakan-rakan blogger, Ahli Lembaga Pengarah AEON, komuniti setempat serta warga kerja AEON. Secara keseluruhannya, kira-kira 150 orang peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan bersama-sama menanam sekitar 1,500 pokok renek sebagai sebahagian daripada usaha memperindah landskap AEON Mall KL Midtown menjelang pembukaannya kepada orang awam pada 5 November 2026.

Aktiviti Tanam Pokok Di AEON Hometown Forest Programme
Lebih istimewa, seramai 30 orang murid dari The Japanese School of Kuala Lumpur turut menyertai aktiviti ini. Melihat anak-anak muda turut sama berganding bahu menanam pokok sememangnya satu perkara yang menggembirakan. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar sejak usia muda.
Bagi saya, aktiviti luar seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberikan pengalaman bermakna kerana kita dapat melakukan sesuatu yang positif untuk alam sekitar. Memang berbaloi menyertai program komuniti anjuran AEON seperti ini. Semoga usaha menghijaukan kawasan bandar melalui AEON Hometown Forest Programme dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk bersama-sama menjaga bumi kita.
Elemen kelestarian turut diterapkan dalam pembangunan pusat beli-belah ini. AEON Mall KL Midtown menempati bangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Gold, dilengkapi sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan serta kelengkapan penjimatan air. Pusat beli-belah ini turut menampilkan taman linear di atas bumbung seluas 1.5 ekar yang menghadirkan ruang hijau di tengah-tengah persekitaran bandar.

AEON Mall KL Midtown
Berita baik buat penggemar aktiviti membeli-belah! AEON Mall KL Midtown bakal mula membuka pintunya kepada orang ramai pada 5 November 2026, sebelum berlangsungnya majlis pembukaan rasmi yang dijadualkan pada 8 Januari 2027. Kehadiran pusat beli-belah terbaharu ini pastinya menambahkan lagi pilihan destinasi membeli-belah, menjamu selera, menikmati kecantikan, kesihatan dan hiburan di sekitar Kuala Lumpur.
Menariknya, AEON Mall KL Midtown bukan sekadar menawarkan pengalaman membeli-belah biasa. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian, meneroka butik daripada jenama terkenal, menikmati pilihan makanan yang menyelerakan serta meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang lebih santai.
Pelbagai Pilihan Membeli-Belah di AEON Mall KL Midtown
Antara tarikan utama pusat beli-belah ini ialah AEON Supermarket yang menyediakan pelbagai pilihan barangan dapur dan keperluan isi rumah harian. Selain itu, pengunjung juga boleh mengunjungi butik-butik di bawah jenama AEON seperti KIDS REPUBLIC, HOME COORDY, Scarlet, Agenda dan GALEVAENT.
Tidak ketinggalan, beberapa perniagaan lain di bawah rangkaian AEON turut melengkapkan pengalaman membeli-belah pengunjung, antaranya AEON Wellness, DAISO, Molly Fantasy dan AEON Credit Service.
Syurga Makanan dan Minuman Buat Food Hunter
Bagi yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan, AEON Mall KL Midtown pastinya mempunyai sesuatu untuk dinikmati. Pilihan restoran dan kafe yang ditawarkan cukup menarik, merangkumi masakan Jepun, hidangan tempatan, makanan kegemaran ramai, kopi serta pencuci mulut.
Antara penyewa makanan dan minuman (F&B) yang akan mula beroperasi pada 5 November 2026 termasuklah SUSHIRO, Oriental Kopi, Dolly Dim Sum, MINO, HOT BIRD, Starbucks, Chateraise, DONQ, BEUTEA, paperfish, Nyonya Delights, CHONGDEE TEAHOUSE, NORI NORY dan SUK.
Memang menarik kerana pengunjung mempunyai banyak pilihan untuk menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan selepas puas membeli-belah.

Pilihan Fesyen, Kecantikan dan Gaya Hidup
Bagi penggemar fesyen pula, terdapat pelbagai jenama menarik yang boleh diterokai di sini. Antaranya UNIQLO, HLA, Akura Premium Watch, KOMEHYO, Levi’s, SEIKO VISION SPECIALIST, Focus Point Lifestyle dan MySpirit.
Jika ingin menikmati masa untuk memanjakan diri, pengunjung boleh singgah ke L’Occitane, Yves Rocher, LUSH, CLEF, Melange Korea, LUXE Hair & Nail, Yong Kang TCM dan QB HOUSE.
Keperluan teknologi dan gajet juga tidak dilupakan. Pengunjung boleh mendapatkan produk serta aksesori teknologi daripada URBAN REPUBLIC by Switch, SAMSUNG, HONOR dan Gadget Hub Signature.
VS CHALLENGE – Tarikan Hiburan Baharu Pertama di Malaysia
Satu lagi tarikan yang pastinya mencuri perhatian ialah VS CHALLENGE, sebuah konsep hiburan penuh aksi yang dibawakan oleh AEON Fantasy. Lebih istimewa, pembukaannya di AEON Mall KL Midtown bakal menjadi lokasi pertama konsep VS CHALLENGE di Malaysia.
Konsep hiburan yang berasal dari Jepun ini dibangunkan oleh syarikat pembangun permainan, Bandai Namco Experience Inc. Kehadirannya pastinya memberikan pilihan aktiviti hiburan yang berbeza, khususnya buat pengunjung yang ingin mencuba pengalaman bermain permainan interaktif dan penuh cabaran.
Lebih Banyak Jenama Terkenal Bakal Menyusul
Keseronokan di AEON Mall KL Midtown tidak terhenti setakat pembukaan awal sahaja. Dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak jenama terkenal dijangka membuka cawangan di sini bagi memperluaskan pilihan membeli-belah, makanan dan gaya hidup.
Antara jenama yang bakal menyusul termasuk SEPHORA, ADIDAS, JD Sports, asics, MPH Bookstores, Din Tai Fung, Verrona Hills, KIMIYA, Xiang Xiang Hunan Cuisine, KENMAKI, a’rest, Yin’s, Omakase Lab, Siam Oasis Royale dan LifenFitness.
Dengan kehadiran pelbagai jenama ini, AEON Mall KL Midtown dijangka menjadi salah satu destinasi pilihan untuk mereka yang ingin membeli-belah, menikmati makanan menarik serta mendapatkan pelbagai pengalaman gaya hidup dalam satu lokasi.
Pelbagai Aktiviti Menarik dan Promosi Sempena Pembukaan
Selain aktiviti membeli-belah, menjamu selera dan berhibur, pengunjung juga boleh menantikan pelbagai program, aktiviti serta pengalaman istimewa yang bakal dianjurkan dari semasa ke semasa di AEON Mall KL Midtown.
Antara yang menarik ialah Peraduan ‘Drive Your Dream’ yang berlangsung dari 5 November 2026 hingga 11 Februari 2027. Melalui peraduan ini, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam gabungan maksimum dua resit pada hari yang sama di mana-mana penyewa pusat beli-belah, termasuk AEON Retail, berpeluang membawa pulang sebuah kereta Mercedes-Benz A200 Progressive Line serta pelbagai hadiah menarik yang lain.
Bagi peminat karakter popular dari Jepun pula, jangan lepaskan peluang mengunjungi pop-up Sumikko Gurashi pertama di Malaysia yang akan berlangsung dari 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027. Pengunjung berpeluang meneroka ruang bertemakan Sumikko Gurashi dan bertemu dengan karakter-karakter comel dari Jepun yang cukup popular dalam kalangan peminatnya.
Konsep Reka Bentuk Menegak Lapan Tingkat yang Unik
Dari segi reka bentuk, AEON Mall KL Midtown turut memperkenalkan sesuatu yang berbeza dalam sejarah rangkaian pusat beli-belah AEON. Dengan keluasan Ruang Boleh Sewa Bersih (Net Lettable Area atau NLA) sekitar 367,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menampilkan konsep susun atur menegak atau vertical layout yang merangkumi lapan tingkat, bermula dari Lower Ground sehingga Aras 5M.
Menariknya, setiap dua tingkat mempunyai konsep dan susun atur tersendiri yang mencerminkan variasi tawaran peruncitan di dalamnya. Ini memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjung kerana setiap aras mempunyai suasana dan tarikan yang berbeza untuk diterokai.
Salah satu elemen reka bentuk yang cukup unik ialah ‘Fusion Staircase’ yang menghubungkan beberapa aras di bahagian atas pusat beli-belah. Tangga dengan reka bentuk melengkung ini bukan sekadar berfungsi sebagai laluan untuk bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang lain, malah turut menjadi ruang untuk pengunjung berkumpul, berehat dan bersantai.
Ruang ini juga boleh dimanfaatkan untuk penganjuran pelbagai acara serta pelancaran produk. Sambil berehat di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan sekeliling melalui fasad kaca yang menghadap ke arah bangunan MITEC. Memang satu konsep yang menarik dan berbeza!

Pusat Beli-Belah Mesra Alam dengan Konsep Kelestarian
Satu lagi perkara menarik mengenai AEON Mall KL Midtown ialah komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar. Pusat beli-belah ini terletak di dalam bangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Gold, dengan pelbagai ciri mesra alam yang diterapkan dalam reka bentuk dan operasinya.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan, penggunaan kelengkapan jimat air serta petak pengecasan kenderaan elektrik (EV).
Lebih menarik, terdapat juga taman linear seluas 1.5 ekar di bahagian bumbung yang menyediakan kawasan hijau di tengah-tengah kesibukan bandar. Ruang hijau ini bukan sahaja menambahkan elemen alam semula jadi kepada pembangunan tersebut, malah menawarkan suasana yang lebih menyegarkan kepada persekitaran pusat beli-belah.
Lokasi Strategik dan Mudah Diakses
Dari segi lokasi, AEON Mall KL Midtown mempunyai kelebihan kerana mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama, antaranya Lebuhraya SPRINT, DUKE, NKVE dan Penchala Link.
Akses ke pusat beli-belah ini juga dijangka menjadi lebih mudah pada masa hadapan apabila stesen MRT3 yang dirancang mula beroperasi. Selain itu, terdapat juga cadangan pembinaan jejantas yang akan menghubungkan pembangunan ini dengan MITEC.
Bagi memudahkan pengunjung yang menggunakan pengangkutan awam, AEON turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik khas yang dikenali sebagai Mobi Connect. Perkhidmatan ini menghubungkan kawasan sekitar serta stesen MRT Sentul Barat secara terus ke AEON Mall KL Midtown.
Lebih menarik, sempena pembukaannya, ahli AEON boleh menikmati perkhidmatan bas ulang-alik ini secara percuma selama sebulan. Inisiatif ini pastinya memudahkan penduduk sekitar dan pengguna pengangkutan awam untuk datang menikmati pelbagai pilihan membeli-belah, makanan dan aktiviti riadah yang disediakan.
AEON Mall KL Midtown Membawa Pengalaman Membeli-Belah Baharu
Menurut Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Tsugutoshi Seko, pembukaan AEON Mall KL Midtown merupakan satu langkah penting dalam usaha mendekatkan tawaran peruncitan AEON kepada komuniti setempat.
Beliau turut menyatakan kegembiraan pihak AEON untuk menyambut kedatangan pelanggan ke pusat beli-belah baharu ini, sambil menantikan lebih ramai rakan peruncit memulakan operasi mereka.
Dengan pilihan peruncitan, makanan dan gaya hidup yang semakin berkembang, AEON berharap dapat menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih istimewa serta menyediakan ruang mesra keluarga untuk pengunjung membeli-belah, menjamu selera dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Pembukaan ini juga merupakan satu pencapaian penting buat AEON dalam usaha memperluaskan rangkaian perniagaannya serta meneruskan falsafah Customer First dalam memberikan pengalaman dan perkhidmatan terbaik kepada lebih ramai komuniti.
Jom Terokai AEON Mall KL Midtown!
Secara keseluruhannya, kehadiran AEON Mall KL Midtown pastinya memberikan satu lagi pilihan destinasi menarik untuk aktiviti membeli-belah, makan-makan dan hiburan di Kuala Lumpur.
Dengan pelbagai jenama terkenal, pilihan restoran yang menarik, konsep reka bentuk unik, tarikan hiburan dari Jepun serta kemudahan mesra alam, pusat beli-belah ini menawarkan lebih daripada sekadar tempat untuk membeli-belah.
Jadi, jangan lupa masukkan AEON Mall KL Midtown dalam senarai destinasi hujung minggu anda. Mulai 5 November 2026, bolehlah datang meneroka sendiri pelbagai tarikan menarik yang disediakan di sini bersama keluarga dan rakan-rakan!
Maklumat terkini mengenai penyewa dan aktiviti di pusat beli-belah ini akan dikongsi
menerusi akaun Instagram rasmi AEON Mall KL Midtown, @aeonmall.klmidtown.
Baca juga; https://myzanjourney.com/aeon-mall-active-beat-3-0-vs-edwin-van-der-sar/